Oleh: Puan Nani Menon
Simulasi Haji Cilik kanak-kanak Makmal Perkembangan Kanak-kanak (MPK) salah satu program ko-kurikulum Prasekolah.
![]() |
Melalui simulasi kanak-kanak akan belajar secara 1st hand experience. Ini adalah kaedah terbaik dalam pembelajaran untuk memahami Rukun Islam ke lima. Pada 7 Ogos 2019 lalu, seawal jam 9.00 pagi mereka berkumpul di Padang FACE, Serdang dengan seramai 36 orang kanak-kanak 5 dan 6 tahun. Bermula dengan memakai ihram. Apa yang menarik ialah, anak-anak faham pantang larang dalam ihram. Datang pada pagi tersebut mereka tidak berbedak, minyak rambut dan mereka memakai selipar.
![]() |
Acara seterusnya ialah berwukuf di Arafah, bermabit dan mengutip batu di udzalifah. Disini anak-anak dapat belajar MATEMATIK. Membilang batu yang dikutip sebanyak 49 biji. Dalam sesi melontar ditiga jamrah mereka akan baca doa sambil membilang 1 hingga 7, dari hari 10 zulhijjah hingga 13 Zulhijjah. Mereka juga tawaf, minum air zam-zam, saie dan berakhir dengan bertahalul.
![]() |
Semasa membuat refleksi yang jelas anak-anak dapat bertalbiah dengan baik, memberitahu pantang larang dalam ihram, billangan batu yang dilontar di setiap jamrah dan menamakan perbuatan dan tempat sepanjang perjalanan haji seperti Arafah, Mina, melontar, tawaf, kaabah, saie. Simulasi dijalankan dengan jayanya dan dibimbing oleh guru-guru juga kerjasama dari ibu bapa.
Penulis
Puan Nani Menon
Penyelaras Kurikulum
Makmal Perkembangan Kanak-Kanak
Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga,
Fakulti Ekologi Manusia
Date of Input: 04/09/2019 | Updated: 04/09/2019 | rozlita