Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Profesor Madya Dr. Mohd. Mahadee Ismail telah dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan oleh YBhg. Prof. Naib Canselor bagi tempoh satu tahun mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021. Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.
Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Adlina Ab. Halim di atas sumbangan beliau kepada fakulti sepanjang menjalankan tugas dan Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan(JPKK), Fakulti Ekologi Manusia.
Sekian, terima kasih.