Event Title
Program Bual Bicara Pakar 6.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk Aidilfitri Menjelma Tiba : Persedian Poket Macam Mana?
Date
13 Mar 2026 - 13 Mar 2026
Location
Atas talian - Zoom
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa program Bual Bicara Pakar 6.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat telah memasuki tahun ke-6. Program ini merupakan anjuran Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA). Program ini di laksanakan dengan format penyampaian yang ringan dan berilmiah serta secara santai.
Butiran Program adalah seperti berikut :
Tarikh : 13 Mac 2026 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi -11.30 pagi
Tajuk : Aidilfitri Menjelma Tiba : Persedian Poket Macam Mana?
Medium : Atas talian- Zoom
Join Zoom Meeting: https://zoom.us/j/7281715891?pwd=paRhMsbos89SsLj8WaXoTdHoFqko02.1&omn=94871193621
Meeting ID : 728 171 5891
Passcode : BBP06@02
RINGKASAN PROGRAM
Menjelang sambutan Aidilfitri, masyarakat biasanya mula membuat pelbagai persiapan seperti membeli pakaian raya, menyediakan juadah istimewa, menghias rumah dan memberi duit raya kepada ahli keluarga serta tetamu.
Namun dalam kegembiraan membuat persiapan tersebut, pengurusan kewangan yang bijak sangat penting agar perbelanjaan raya tidak memberi tekanan kepada kewangan selepas perayaan.
Beberapa isu penting yang akan dibincangkan termasuk:
* Budaya Berbelanja Menjelang Raya – Sejauh manakah trend perbelanjaan masyarakat Malaysia ketika membuat persiapan Aidilfitri?
* Perancangan Kewangan Raya – Bagaimana masyarakat boleh merancang bajet raya dengan lebih bijak dan berhemah?
* Pengaruh Promosi dan Perbelanjaan Emosi – Adakah promosi jualan raya dan trend semasa mempengaruhi sikap berbelanja masyarakat?
* Keseimbangan Antara Keperluan dan Kehendak – Bagaimana kita boleh menyambut Aidilfitri dengan meriah tanpa berbelanja secara berlebihan?
* Kesan Kewangan Selepas Raya – Apakah implikasi jika perbelanjaan raya tidak dirancang dengan baik?
KENAPA ANDA WAJIB SERTAI PROGRAM INI?
✅ Kupasan Daripada Pakar Kewangan Keluarga
Ikuti perkongsian daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang kewangan pengguna dan keluarga.
✅ Fahami Isu Perbelanjaan Raya
Ketahui bagaimana trend perbelanjaan raya memberi kesan kepada kewangan individu dan keluarga.
✅ Tips Pengurusan Kewangan Raya
Pelajari cara merancang bajet dan mengurus perbelanjaan raya dengan lebih bijak.
✅ Sesi Interaktif & Soal Jawab
Peluang untuk bertanya soalan secara langsung kepada panel pakar.
✅ Bermanfaat Untuk Semua
Sesuai untuk pengguna, keluarga, pelajar, penjawat awam, penggubal dasar dan masyarakat umum.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
Ingin mengetahui bagaimana membuat persiapan raya yang meriah tanpa menjejaskan kewangan anda? Sertai kami dalam sesi perkongsian ilmu yang penuh manfaat ini.
Kesudian Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan menerima dan memberi keutamaan atas undangan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Setiap peserta / Staf UPM yang menyertai program ini juga akan diberikan mata CPD latihan UPM.
JOM SERTAI PERBINCANGAN INI!

Updated:: 13/03/2026 [rozlita]
MEDIA SHARING