|
Epistemologi Al-Falah Menurut Perspektif Islam Al-Falah dilihat dalam segala aspek (komprehensif) kehidupan sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis. Menurut Al- Attas, Al-Falah bermaksud pengalaman rohani yang berteraskan keyakinan terhadap alam semesta dan kehidupan yang memancarkan akhlak dan adab yang baik. Maka dari sini dapat difahami bahawa Al-Falah bermaksud kebahagiaan, keuntungan, kecemerlangan, kejayaan dan kesejahteraan yang dirasai individu, secara zahir dan batin, di dunia dan di akhirat kelak. Tidak ada ukuran yang boleh mengukur tingkat kebahagiaan kerana ia bersifat keyakinan dalam diri individu itu sendiri. Epistemologi Al-Falah Menurut Perspektif Barat Al-Falah dalam bahasa Inggeris mempunyai banyak sinonim. Ia bermaksud kebajikan, kesejahteraan atau dari segi statistik dikenali sebagai pembangunan manusia. Al-Falah atau kebajikan menurut ahli psikologi moden adalah himpunan peraturan atau arahan yang menggambarkan kebahagiaan masyarakat yang menjadi kriteria kejayaan dan kestabilan negara. Kesejahteraan ini dikaitkan dengan keadaan kebahagiaan yang mendasari, berbeza dengan perasaan kebahagiaan dan kegembiraan yang sentiasa berubah-ubah, yang dirujuk sebagai ‘rasa kepuasan dengan kehidupan seseorang, secara umum dan dalam bidang tertentu seperti sebagai perhubungan, kesihatan dan pekerjaan.’ Seal dan Bruzy berpendapat, kebajikan adalah keadaan sejahtera bagi masyarakat. Kebajikan sosial meliputi kesihatan, keadaan ekonomi, kebahagiaan, dan kualiti hidup rakyat. Syarat kesejahteraan sosial diwujudkan atas kompromi tiga elemen iaitu sejauh mana masalah sosial dikawal, sejauh mana keperluan dipenuhi dan sejauh mana peluang meningkatkan taraf hidup disediakan.
Perkaitan istilah Al-Falah dengan Surah al Mukminun 23: 1-11 Ø¨ÙØ³Û¡Ù…٠ٱلÙلهَّ ٱلرَّØÛ¡Ù…َٰـن٠ٱلرَّØÙيم٠قَدۡ Ø£ÙŽÙÛ¡Ù„ÙŽØÙŽ Ù±Ù„Û¡Ù…ÙØ¤Û¡Ù…ÙÙ†Ùونَ . ٱلَّذÙينَ Ù‡ÙÙ…Û¡ ÙÙÙ‰ صَلَاَتÙÛÙÙ…Û¡ Ø®ÙŽÙ°Ù€Ø´ÙØ¹Ùونَ . وَٱلَّذÙينَ Ù‡ÙÙ…Û¡ Ø¹ÙŽÙ†Ù Ù±Ù„Ù„Ù‘ÙŽØºÛ¡ÙˆÙ Ù…ÙØ¹Û¡Ø±ÙضÙونَ . وَٱلَّذÙينَ Ù‡ÙÙ…Û¡ Ù„Ùلزَّكَٰوة٠ÙَٰـعÙÙ„Ùونَ . وَٱلَّذÙينَ Ù‡ÙÙ…Û¡ Ù„ÙÙÙØ±ÙوجÙÙ‡ÙÙ…Û¡ ØÙŽÙ°Ù€ÙÙØ¸Ùونَ . Ø¥Ùلَّاَّ عَلَٰىٓ أَزۡوَٲجÙÙ‡ÙÙ…Û¡ Ø£ÙŽÙˆÛ¡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰـنÙÛÙÙ…Û¡ ÙÙŽØ¥ÙنَّÛÙÙ…Û¡ غَيۡر٠مَلÙومÙÙŠÙŽÙ† . Ùَمَن٠ٱبۡتَغَٰى وَرَآءَ ذَٲلÙÙƒÙŽ ÙÙŽØ£ÙوْلَٰـٓٮÙٕكَ Ù‡Ùم٠ٱلۡعَادÙونَ . وَٱلَّذÙينَ Ù‡ÙÙ…Û¡ Ù„ÙَأۡمَٰـنَٰـتÙÙ‡ÙÙ…Û¡ وَعَهۡدÙÙ‡ÙÙ…Û¡ رَٲعÙونَ . وَٱلَّذÙينَ Ù‡ÙÙ…Û¡ عَلَٰى صَلَوَٲتÙÛÙÙ…Û¡ ÙŠÙØÙŽØ§ÙÙØ¸Ùونَ . Ø£ÙوْلَٰـٓٮÙٕكَ Ù‡ÙÙ…Ù Ù±Ù„Û¡ÙˆÙŽÙ²Ø±ÙØ«Ùونَ . ٱلَّذÙينَ ÙŠÙŽØ±ÙØ«Ùونَ ٱلۡÙÙØ±Û¡Ø¯ÙŽÙˆÛ¡Ø³ÙŽ Ù‡ÙÙ…Û¡ ÙÙÙŠÛَا Ø®ÙŽÙ°Ù€Ù„ÙØ¯Ùونَ .
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Kesimpulan Surah al Mukminun menjadi asas, hala tuju, misi dan visi serta panduan terpenting kepada kejayaan dalam kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Diterangkan secara terperinci tips dan kejayaan serta usaha yang mesti dilakukan manusia. Tanpa tindakan dan gerak kerja teratur seperti yang digariskan dalam surah ini, agak sukar untuk memperoleh kejayaan sebenar. Istimewanya orang beriman dengan panggilan baik oleh Allah dalam surah ini dan galakan berusaha bersungguh-sungguh untuk merasai nikmat sebenar di syurga tanpa meninggalkan kejayaan di dunia. Orang beriman dan manusia yang bijak akan mencuba sedaya usaha untuk memperoleh kedua-dua kejayaan di dunia dan akhirat serta tidak mensia- siakan masa yang ada. Resipi kejayaan seperti yang dinyatakan dalam surah ini, menunaikan solat dengan rasa khusyuk seperti yang diajar Nabi Muhammad SAW, mengeluarkan zakat, menjaga kehormatan diri, tidak bersikap melampaui batas, menjaga amanah dan integriti, menunaikan janji pasti akan dikurniakan ganjaran syurga Firdaus di alam akhirat nanti. Oleh : Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff
|
Tarikh Input: 20/05/2025 | Kemaskini: 20/05/2025 | aspah.kasim
