| FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
senarai pengumuman terkini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

  
Warga FEM yang dihormati,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Nellie Ismail telah ditawarkan jawatan Pensyarah Kanan DS51 berkuatkuasa 22 Mac 2018.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pencapaian Dr. Nellie Ismail.  
 
Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Aini Azeqa Ma’rof dari Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan telah melapor diri untuk bertugas pada 2 Julai 2018 setelah menamatkan cuti belajar Ph.D dalam bidang Psikologi di Sheffield University, UK.

Pihak Fakulti mengucapkan selamat kembali bertugas kepada Puan Aini Azeqa Ma’rof.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato'  Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 15 Julai 2018. Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Mariani Mansor di atas sumbangan beliau kepada fakulti sepanjang memegang jawatan Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa En. Mohamad Naqiuddin Bin Dahamat Azam dari Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga (JPMPK) telah melapor diri dan mula bertugas pada 20 Julai 2018 setelah menamatkan cuti belajar Ph.D dalam bidang Psikologi Perkembangan di Leiden University, The Netherlands.

Pihak Fakulti mengucapkan selamat kembali bertugas kepada  En. Mohamad Naqiuddin Bin Dahamat Azam.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa FEM telah menerima seorang staf baharu iaitu En. Gerald Ng Kea Chye. Beliau telah ditawarkan jawatan Felo Pengajar (Kontrak) gred UDK di Jabatan Muzik bagi tempoh 3 tahun berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2018.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini. Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada En. Gerald Ng Kea Chye.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Syuhaily Osman telah dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Naib Canselor mulai 1 November 2018 hingga 30 Jun 2019
 
Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa fakulti melantik Dr. Norzalina Zainudin sebagai Ketua, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari (SCoRE) bagi tempoh dua (2) tahun mulai 1 November 2018 hingga 31 Oktober 2020. Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Zumilah Zainalaludin di atas sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan Ketua, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari (SCoRE).

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa YM Prof. Dr. Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid, telah dikurniakan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-49 pada 11 November 2018.
 
Fakulti mengucapkan setinggi - tinggi tahniah di atas pengurniaan ini.  
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
 
Warga FEM yang dihormati,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Aini Azeqa Ma'rof telah ditawarkan jawatan Pensyarah Kanan DS51 berkuatkuasa pada 13 Ogos 2018.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pencapaian Dr. Aini Azeqa Ma'rof.
 
Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Zainal Madon, Dr. Syuhaily Osman dan Dr. Elistina Abu Bakar telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 berkuat kuasa mulai 1 November 2018.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Prof. Madya Dr. Zainal Madon, Prof. Madya Dr. Syuhaily Osman dan Prof. Madya Dr. Elistina Abu Bakar dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Profesor Dr. Jayum Anak Jawan telah dilantik sebagai Profesor dalam bidang Politik dan Pembangunan secara kontrak di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia bagi tempoh 2 tahun berkuatkuasa mulai 3 Disember 2018. 

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini. 

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa FEM telah menerima seorang staf baharu (Tetap) iaitu Puan Hanis Iryani Amdan. Beliau telah ditawarkan jawatan Pembantu Operasi (N11) dan ditempatkan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan berkuatkuasa mulai 17 Disember 2018.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini. Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada Puan Hanis Iryani Amdan.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan, 

 
Warga FEM yang dihormati,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Russiah Kamis, Puan Nurul Suzalita Mohamad Sohum dan Puan Wan Salawati Wan Zakaria telah ditawarkan jawatan Penolong Pegawai Sains C29 melalui Peningkatan Secara Lantikan (PSL) berkuatkuasa pada 2 Januari 2019.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pencapaian ini.  
 
Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa FEM telah menerima tiga (3) orang staf baharu (Kontrak) berkuatkuasa mulai 15 Februari 2019 seperti di butiran berikut:

Bil
Nama
Jawatan
Penempatan
1.
En. Abdul Hakim Ghazali
Pembantu Tadbir
(Perkeranian/ Operasi)
Pejabat Timbalan Dekan (AAHEPA)

2.


Pn. Az Zahrawani Zainudin
 
Pembantu Operasi
 
Pusat Kecemerlangan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak (FACE)
3.
 
Cik Nur Afifah Kamaruddin
 
Pembantu Awam
 
Pusat Kecemerlangan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak (FACE)

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini. Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada staf baharu.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Wan Munira binti Wan Jaafar, Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia telah diluluskan cuti sabatikal selama sembilan (9) bulan mulai 1 Mac 2019 hingga 30 November 2019.

Dr. Wan Munira akan menjalankan penulisan buku bertajuk E-Community and Sustainable Community: A Catalyst for Society 5.0 di UPM dan Montana State University (MSU), USA.

Sekian, untuk makluman, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik semula Profesor Madya Dr. Asnarulkhadi Abu Samah sebagai Pengarah, Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia mulai 1 Mac 2019 hingga 30 Jun 2019.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri telah dilantik sebagai Profesor Pelawat di Jabatan Keluarga & Sc. Pengguna, Fakultas Ekologi Manusia, Institut Pertanian Bogor, Indonesia bagi tempoh Januari 2019 hingga Disember 2019. 

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Prof Madya. Dr. Asnarulkhadi Abu Samah telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) berkuat kuasa mulai 1 Februari 2019.
 
Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan kenaikan pangkat Prof. Dr. Asnarulkhadi Abu Samah dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,


Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai FEM berikut telah menerima ANUGERAH BUKU NEGARA 2019 yang telah diadakan pada 1 April 2019:
 
Judul: Pembangunan Kontemporari Orang Asli
 
Penulis: Prof. Madya Dr. Sarjit Singh Darshan Singh & Dr. Mohd Roslan Rosnon
 
Kategori: Buku Umum Terbaik (Kategori Budaya Kemasyarakatan)
 
   
Pihak Fakulti mengucapkan syabas dan tahniah kepada  Prof. Madya Dr. Sarjit Singh Darshan Singh & Dr. Mohd Roslan Rosnon  di  atas pencapaian cemerlang ini.  

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,   
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai FEM berikut telah menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor sempena Majlis Gemilang Akademia Putra 2018 yang telah diadakan pada 30 April 2019 :
 
Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusof
Anugerah Fellowship Naib Canselor - (Pengajaran)

Kategori Pengajar Cemerlang
Sastera & Sains Sosial

Pihak Fakulti mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusof di  atas pencapaian cemerlang ini.  
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai FEM berikut telah menerima Anugerah dalam Majlis Gemilang Putra UPM 2019 yang telah diadakan pada 3 Mei 2019 :
 
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLAN:
Prof Madya Dr. Haslinda Abdullah (Kuota Pentadbir Akademik - Kategori Timbalan Dekan)
Prof. Madya Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain
Prof. Madya Dr. Syuhaily binti Osman
Dr. Azlina binti Mohd Khir
Dr. Mohd Mahadee bin Ismail
Dr. Zarinah binti Arshat
Cik Narimah binti Badau
En. Amir Nordin bin Abu Bakar
En. Mohd Fadliey bin Arshad
Pn. Norisah binti Nasir
Pn. Norazmah binti Mohamed
Pn. Nurul Suzalita binti Mohamad Sohum
En. Rahman bin Basman
 
ANUGERAH JASA PUTRA :
Dr. Hj. Amaludin bin Ab Rahman
En. Amir Nordin bin Abu Bakar
Pn. Masporah binti Yusof
Pn. Noriah binti Mat Din (Pilihan)
 
ANUGERAH SETIA PUTRA :
Prof. Madya Dr. Sharifah Norazizan binti Syed Abd. Rashid
 
Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah.  

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,   
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Puan Harnita Abd Wahab telah dilantik sebagai Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Kepertama Fakulti Ekologi Manusia Penggal 2018-2021 menggantikan Encik Amir Nordin Abu Bakar yang telah bersara wajib pada 3.4.2019.
 
Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan ini dan selamat maju jaya. Pihak Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Amir Nordin di atas sumbangan beliau kepada fakulti.  
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

Warga FEM yang dihormati

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Ang Mei Foong telah menerima anugerah 16th BOH Cameronian Arts Awards 2019 (Best Solo Performance – Vocal). 

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Ang Mei Foong di atas anugerah tersebut.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Profesor Dr. Ahmad Hariza Hashim telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 29 Mac 2019.
 
Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Rahman Bin Basman telah dinaikkan pangkat daripada jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29 kepada Gred C32 berkuat kuasa mulai 1 Jun 2019.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Encik Rahman Bin Basman dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Senat Universiti Putra Malaysia pada 17 Jun 2019 telah meluluskan pengurniaan Ijazah Doktor Falsafah (Pemuliharaan Suara) kepada Dr. Ang. Mei Foong.

Pihak Fakulti mengucapkan sekalung tahniah di atas pencapaian beliau.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai FEM berikut telah memenangi Anugerah 
dalam International e-Learning Carnival & Conference 2019 UTeM, pada tarikh 26 Jun 2019 bertempat di Dewan UTeM 1, Campus Technology UTeM, Melaka. Berikut adalah maklumat terperinci berkaitan tajuk inovasi yang dibentangkan dalam pertandingan tersebut.
 
Anugerah: Pingat Emas  
1. Tajuk Inovasi: The use of i-COPE in delivering interactive exercise coaching for older adults.
Dr. Asmidawati Ashari, Prof. Dato' Tengku Aizan. P.M. Dr. Rahimah Ibrahim.
 
2. Tajuk Inovasi: 'Modifikasi Pembelajaran "Collaborative Online" Dalam Meningkatkan Kemahiran Pengurusan Ilmu Melalui Teknologi Web 2.0 Yang Interaktif'.
Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Rozihan Mohamed dan Noralina Ali

Anugerah: Pingat Perak  
1. Tajuk Inovasi:  An Experiential learning of senescence using interactive aging simulator kit (i-ASK).  
Dr. Asmidawati Ashari, P.M. Dr. Rahimah Ibrahim, P.M. Dr Chan Yoke Mun, P.M. Dr. Yusmadi Yah Jusoh, Dr. Wan Arnidawati W. Abdullah.
 
2. Tajuk Inovasi: 'Aplikasi i-DAN &  ARTitas Dalam Praktis Andragogi dan Heutagogi IR4.0'.
Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Rozihan Mohamed, Johan Ismail & Noralina Ali
 
Pihak Fakulti mengucapkan syabas dan tahniah di  atas pencapaian cemerlang ini.  
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik semula Prof. Madya Dr. Syuhaily Osman sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia mulai 1 Julai 2019 hingga 30 Jun 2020.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik semula Profesor Dr. Asnarulkhadi Abu Samah sebagai Pengarah, Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia mulai 1 Julai 2019 hingga 30 Jun 2020.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Senat University of Bristol pada 25 Jun 2019 telah meluluskan pengurniaan Ijazah Doktor Falsafah (Komposisi Muzik) kepada Dr. Camellia Siti Maya Dato' Mohamed Razali.

Pihak Fakulti mengucapkan sekalung tahniah di atas pencapaian beliau.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Zarinah Arshat telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 berkuatkuasa mulai 1 Julai 2019.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Prof Madya Dr. Zarinah Arshat dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa FEM telah menerima seorang staf baharu iaitu Dr Chai Tse Wei. Beliau telah ditawarkan jawatan Felo Pengajar (Kontrak) Gred UDK di Jabatan Muzik bagi tempoh 1 tahun berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2019.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini. Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada Dr. Chai Tse Wei.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa FEM telah menerima seorang staf Tetap (Pertukaran Penempatan) iaitu Puan Sa'diah Ibrahim. Beliau berkhidmat sebagai Pembantu Operasi Gred (N11) dan ditempatkan di Jabatan Muzik berkuatkuasa mulai 5 Ogos 2019.

Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada Puan Sa'diah Ibrahim.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Dr. Murni Wan Mohd Nor telah dilantik sebagai wakil Malaysia bagi program Australia ASEAN Muslim 
Exchange Program (AAMEP), di bawah Australian Department of Foreign Affairs and Trade. 

Beliau akan hadir sebagai rombongan ke Australia, dari tempat ke tempat, dan menziarahi pegawai kerajaan, pemimpin dari agama yang berbeza, personaliti media, ahli akademik ternama dan lain-lain bagi mengeratkan hubungan keagamaan di kalangan negara ASEAN dan Australia. Info lebih lanjut mengenai program ini: https://dfat.gov.au/people-to-people/foundations-councils-institutes/australia-asean-council/programs/Pages/australia-asean-muslim-exchange-program.aspx
 
Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan ini dan selamat maju jaya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Irwan Syah Md Yusoff dari Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna telah melapor diri dan mula bertugas pada 19 Ogos 2019 setelah menamatkan cuti belajar Ph.D dalam bidang Ergonomik di Universiti Sains Malaysia.

Pihak Fakulti mengucapkan selamat kembali bertugas kepada Dr. Irwan Syah Md Yusoff.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa, Senat Universiti Kebangsaan Malaysia pada 21 Ogos 2019 telah meluluskan pengurniaan Ijazah Doktor Falsafah (Alam Sekitar Dan Pembangunan) kepada Dr. Roslina Mat Salleh.

Pihak Fakulti mengucapkan sekalung tahniah di atas pencapaian beliau.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa FEM telah menerima seorang staf baharu (Kontrak) iaitu Puan Nurhanisah Halim. Beliau telah ditawarkan jawatan Pembantu Awam (H11) dan ditempatkan di Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga berkuatkuasa mulai 3 September 2019.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini. Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada Puan Nurhanisah Halim.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Sukacita dimaklumkan, permohonan kemasukan ke Makmal Perkembangan Kanak-kanak bagi Prasekolah & TASKA tahun 2020 dibuka 01 Ogos 2019. Bagi staf & pelajar UPM yang berminat untuk menghantar anak ke Makmal Perkembangan Kanak-kanak, Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, boleh menghantar borang permohonan pada atau sebelum 30 September 2019.

Kemasukan kanak-kanak ke TASKA adalah terhad bergantung kepada kekosongan yang ada.

Borang boleh didapati di pejabat Am FACE atau klik borang permohonan MPK 
           
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Az Zahrawaani binti Zainudin di talian 03-97691330.

Terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Chan Cheong Jan telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 berkuatkuasa mulai 1 Mei 2019.
 
Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Prof Madya Dr. Chan Cheong Jan dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Amini Amir Abdullah telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2019.
 
Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Prof Madya Dr. Amini Amir Abdullah dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

 
Warga FEM yang dihormati,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Julia Chieng Chin Yee telah ditawarkan jawatan Pensyarah Kanan Gred DS51 di Jabatan Muzik berkuatkuasa pada pada 1 Oktober 2019.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan Dr. Julia Chieng Chin Yee.  
 
Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Warga FEM yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Irwan Syah Md Yusoff telah ditawarkan jawatan Pensyarah Kanan Gred DS51 berkuatkuasa pada 1 Ogos 2019.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pencapaian 
Dr. Irwan Syah Md Yusoff.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Husniyah Abdul Rahim@Abdul Wahab dan Dr. Afida Mastura Muhammad Arif telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2019.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Prof Madya Dr. Husniyah Abdul Rahim@Abdul Wahab dan Prof Madya Dr. Afida Mastura Muhammad Arif. Semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

Warga FEM yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Ang Mei Foong telah menerima Anugerah Seni dan Kreatif (Kelompok Seni Persembahan) di Majlis Anugerah Akademik Negara ke - 13 yang telah berlangsung di Palace of the Golden Horses dan disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Oktober 2019.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Ang Mei Foong di atas anugerah tersebut.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
 
Warga FEM yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Profesor Dr. Jayum Anak Jawan telah ditawarkan jawatan Kursi Tan Sri Empiang Jabu berkuatkuasa pada 1 November 2019.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pencapaian YBhg. Profesor Dr. Jayum Anak Jawan.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Mohd Mahadee Ismail telah  dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 berkuat kuasa mulai 1 November 2019.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Prof Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

Warga FEM yang dihormati,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Nur Ayuni Binti Mohd Isa telah ditawarkan jawatan Pensyarah Kanan Gred DS 51 di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan berkuatkuasa pada 2 Disember 2019.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan  Dr. Nur Ayuni Binti Mohd Isa.  
 
Sekian, dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Nani Menon dan Puan Rosazizi Abd Rahim telah dinaikkan pangkat daripada jawatan Pegawai Perkhimatan Pendidikan Gred DG52 kepada kepada Gred DG54 berkuatkuasa mulai 1 September 2019.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Puan Nani Menon dan Puan Rosazizi Abd Rahim, semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Jorainiah Deraman telah dinaikkan pangkat daripada jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 kepada Gred N22 berkuatkuasa mulai 1 Disember 2019.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Puan Jorainiah Deraman dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan, 

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Besek Intan Zafina Binti Basok akan berkhidmat  sebagai Pegawai Tadbir N48 di Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkuatkuasa pada 2 Januari 2020, menggantikan En. Nasrudin Yahya yang akan berkhidmat di Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, Universiti Putra Malaysia.
 
Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada Puan Besek Intan Zafina Binti Basok. Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Nasrudin Yahya di atas sumbangan yang cemerlang kepada fakulti sepanjang berkhidmat dengan Fakulti Ekologi Manusia. 
 
Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa FEM telah menerima tiga (3) orang staf baharu (Kontrak) berkuat kuasa mulai 15 Januari 2020 seperti di butiran berikut:

Bil

Nama

Jawatan

Penempatan

1.

Yusni binti Mohd Zainal Abidin

Pembantu Awam

Pusat Kecemerlangan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE)

2.

Fatin Hazlin Che Yahaya

Pembantu Awam

Pusat Kecemerlangan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE)

3.

Nur Umairah Uzma Mohd Noor

Pembantu Awam

Pusat Kecemerlangan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE)

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini. Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada staf baharu.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa FEM telah menerima seorang staf baharu (Tetap) iaitu Encik Ahmad Luqman Muhammad Razali. Beliau telah ditawarkan jawatan Penolong Jurutera (JA29) dan ditempatkan di Pejabat Pentadbiran berkuatkuasa mulai 28 Januari 2020.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini. Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada Encik Ahmad Luqman Muhammad Razali.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (3) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah sebagai Pengetua, Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh tiga tahun mulai 1 Februari 2020 hingga 31 Januari 2023.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Dengan segala hormatnya  perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik semula Prof. Madya Dr. Haslinda Abdullah sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh satu tahun mulai 15 Februari 2020 hingga 14 Februari 2021.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

Warga FEM yang dihormati,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam telah ditawarkan jawatan Pensyarah Kanan Gred DS51 di Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga (JPMPK) berkuatkuasa pada 18 Disember 2019.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan  Dr. Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam.  
 
Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Zumilah Zainalaludin telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 berkuat kuasa mulai 1 Februari 2020.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Prof Madya Dr. Zumilah Zainalaludin dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Prof Madya Dr. Sarjit Singh A/L Darshan Singh telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2019.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat YBhg. Prof Dr. Sarjit Singh A/L Darshan Singh dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa FEM telah menerima seorang staf baharu iaitu Dr. Ahmad Nidzammuddin bin Sulaiman. Beliau telah ditawarkan jawatan Felo Pengajar (Kontrak) gred UDK di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan bagi tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini. Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada Dr. Ahmad Nidzammuddin bin Sulaiman.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa FEM telah menerima seorang staf baharu (Kontrak) berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020 seperti di butiran berikut:

Nama: Cik Nurul Husna binti Ahmad
Jawatan: Pembantu Awam (H11)
Penempatan: Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE)

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini. Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada staf baharu.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Ang Mei Foong telah dinaikkan pangkat ke jawatan  Pensyarah Kanan Gred DS52 berkuat kuasa mulai 1 Mei 2020.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Dr. Ang Mei Foong dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain telah dilantik sebagai Penulis Tamu Bagi Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi bagi tempoh lantikan selama setahun berkuat kuasa mulai 15 Jun 2020.
 
Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./Dr. / Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai FEM berikut merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2019:
 
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG:
Prof Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri
Prof. Madya Dr. Loo Fung Chiat
Prof. Madya Dr. Elistina Abu Bakar
Prof. Madya Dr. Lee Yok Fee
Dr. Ahmad Faudzi Musib
Dr. Mohammad Mujaheed Hassan
Dr. Muslihah Hasbullah @ Abdullah
Puan Rosazizi Abd Rahim
Puan Harnita Abd Wahab
En. Najimuddin Zakaria
Puan Siti Zubaidah Mahadi
Puan Nor Aida Abd Manaf
 
Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah.  

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Profesor Dr. Jayum Anak Jawan telah dilantik sebagai Dekan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Setia Dato' Naib Canselor bagi tempoh satu tahun mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.
 
Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Profesor Madya Dr. Elistina Abu Bakar telah dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Setia Dato' Naib Canselor bagi tempoh dua tahun mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2022.  Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.
 
Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Syuhaily Osman di atas sumbangan beliau kepada fakulti sepanjang memegang jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna (JPSPP), Fakulti Ekologi Manusia.  

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Shamsul Azahari bin Zainal Badari dari Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna telah melapor diri untuk bertugas pada 6 Julai 2020 setelah menamatkan Cuti Sabatikal bermula 1 Oktober 2019 hingga 30 Jun 2020.

Pihak Fakulti mengucapkan selamat kembali bertugas kepada Dr. Shamsul Azahari bin Zainal Badari.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Senat Universiti Teknologi Malaysia pada 24 Jun 2020 telah meluluskan pengurniaan Ijazah Doktor Falsafah (Epistemologi Melayu) kepada Dr. Zarina Muhammad.

Pihak Fakulti mengucapkan sekalung tahniah di atas pencapaian beliau.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli bin Sabri dan Prof. Madya Dr. Sharifah Norazizan Syed Abd. Rashid telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020.
 
Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat YBhg. Prof. Dr. Mohamad Fazli bin Sabri dan YBhg. Prof. Dr. Sharifah Norazizan Syed Abd. Rashid dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Senat Universiti Kebangsaan Malaysia pada 19 Ogos 2020 telah meluluskan pengurniaan Ijazah Doktor Falsafah (Geografi) kepada YBhg. Dato' Dr. Mohd Nizar Hj Sudin.

Pihak Fakulti mengucapkan sekalung tahniah di atas pencapaian beliau.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Dr. Mohd Nizar Hj Sudin dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK) telah melapor diri dan mula bertugas pada 15 September 2020 setelah menamatkan cuti belajar Ph.D dalam bidang Geografi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pihak Fakulti mengucapkan selamat kembali bertugas kepada YBhg. Dato' Dr. Mohd Nizar Hj Sudin.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,   
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Mohd. Roslan Rosnon telah memenangi Anugerah Penyelidik Muda 2019 (Kategori Sains Sosial) sempena Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) 2019 yang akan diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.
 
Pihak Fakulti mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Mohd. Roslan Rosnon di  atas pencapaian cemerlang ini.  
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Prof Madya Dr. Rumaya Juhari  telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) berkuat kuasa mulai 1 Julai 2020.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat YBhg. Prof Dr. Rumaya Juhari dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Mohd Nizar Hj. Sudin dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, FEM telah dilantik secara peminjaman sebagai Pengerusi Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM) bagi tempoh dua (2) tahun mulai 15 September 2020. 

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Senat Universiti Kebangsaan Malaysia pada 30 Oktober 2020 telah meluluskan pengurniaan Ijazah Doktor Falsafah (Kerja Sosial) kepada Dr. Samir Muhazzab Amin.

Pihak Fakulti mengucapkan sekalung tahniah di atas pencapaian beliau.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Roziah Mohd Latiff telah dinaikkan pangkat daripada jawatan Pembantu Awam Gred H11 kepada Gred H14 berkuat kuasa mulai 1 Disember 2020.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Puan Roziah Mohd Latiff dan semoga terus cemerlang bersama FEM.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Johar Md. Lajis telah ditawarkan pemangkuan bagi tujuan kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N48 berkuat kuasa mulai 2 Disember 2020.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas tawaran ini dan semoga En Johar Md. Lajis terus cemerlang bersama FEM.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan, 

Dimaklumkan bahawa En. Johar Md Lajis akan berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Gred N48 di Pejabat Pendaftar, UPM berkuat kuasa mulai 7 Disember 2020.

Pihak fakulti ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Johar Md. Lajis di atas sumbangan yang cemerlang kepada fakulti sepanjang beliau berkhidmat dengan Fakulti Ekologi Manusia. 

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Haslinda Abdullah telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2020.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat YBhg. Prof. Dr. Haslinda Abdullah dan semoga terus cemerlang bersama FEM. 

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Profesor Dr. Mansor Abu Talib telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas B (VK6) berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2020.

Pihak fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat YBhg. Prof Dr. Mansor Abu Talib dan semoga terus cemerlang.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Abdul Hakim Ghazali, Puan Nur Atiqah Kamal dan Cik Dini Maryani Che Mohammad Ishkandar El-Rahimin telah ditawarkan jawatan tetap dan berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi). Encik Hakim akan bertukar ke Pusat Penerbit, Puan Atiqah akan bertukar ke Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar dan Cik Dini akan bertukar ke Pusat Sukan UPM berkuatkuasa pada 11 November 2020.

Pihak fakulti ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Hakim, Puan Atiqah dan Cik Dini di atas sumbangan yang cemerlang kepada fakulti sepanjang mereka berkhidmat di Fakulti Ekologi Manusia.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih

IKLAN JAWATAN KOSONG

 

Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N19

Imbuhan Bulanan : RM 1,352.00 – RM 4,003.00

Taraf Jawatan       : Kontrak

Kekosongan          : Dua (2)

 

SYARAT PELANTIKAN: 

Calon bagi lantikan ke Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik / Perdagangan / Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut;
  4. Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
    a) Syarat tambahan:-
    b) Sanggup bekerja lebih masa.
    c) Berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

 

CARA MEMOHON:

Pemohon yang berminat diminta mengemukakan permohonan menggunakan borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (SOK/BUM/BR03/Jawatan 02) yang boleh dimuat turun daripada laman web Pejabat Pendaftar.

Borang permohonan hendaklah disertakan bersama:

  • salinan kad pengenalan
  • salinan sijil kelahiran
  • salinan sijil SPM (termasuk sijil-sijil yang berkaitan) dan
  • sekeping gambar terkini berukuran passport

Hantarkan permohonan ke alamat seperti di bawah:

Pejabat Pentadbiran
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
(u/p: Puan Nurul Azra Ab. Malik) atau; 

Emelkan salinan lembut (softcopy) ke nurulazra@upm.edu.my 

PERHATIAN

  1. Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan;
  2. Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga;
  3. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh TIGA (3) bulandari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum jam 12.00 tengah hari pada 18 Disember 2020 (Jumaat)

 

Tarikh Iklan : 10 Disember 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa fakulti melantik Dr. Zuroni Md. Jusoh sebagai Ketua, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari (SCoRE) bagi tempoh dua (2) tahun mulai 15 Disember 2020 hingga 14 Disember 2022. Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Norzalina Zainudin di atas sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan Ketua, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari (SCoRE).

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan, 

Sukacita dimaklumkan bahawa En. Zamre Yaacob akan berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir N44 di Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkuat kuasa pada 21 Disember 2020, menggantikan En. Johar Md Lajis yang telah berkhidmat di Pejabat pendaftar, UPM.

Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada En. Zamre Yaacob.
 
Sekian, dimaklumkan, terima kasih.
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
 
Warga FEM yang dihormati,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhgProfesor Dr. Laily Hj Paim telah ditawarkan jawatan Perkhidmatan Amal Putra (UDA1) berkuat kuasa pada 1 Disember 2020.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan YBhg. Profesor. Dr Laily Hj Paim
.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Profesor Madya Dr. Mohd. Mahadee Ismail telah dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan oleh YBhg. Prof. Naib Canselor bagi tempoh satu tahun mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.  Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.
 
Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Adlina Ab. Halim di atas sumbangan beliau kepada fakulti sepanjang menjalankan tugas dan Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan(JPKK), Fakulti Ekologi Manusia.  

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Mohd Roslan Rosnon telah dilantik sebagai Ketua, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan oleh YBhg. Prof. Naib Canselor bagi tempoh satu tahun mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.  Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.
 
Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Nobaya Ahmad di atas sumbangan beliau kepada fakulti sepanjang menjalankan tugas dan Ketua Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan(JSKP), Fakulti Ekologi Manusia.  

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa FEM telah menerima seorang staf Tetap (Pertukaran Penempatan) iaitu Puan Khairnani binti Mohamad menggantikan Puan Zaihasra binti Suhaime yang akan berkhidmat di Kolej 17. Beliau berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 dan ditempatkan di Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat) berkuat kuasa mulai 1 Februari 2021.

Pihak fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Zaihasra Suhaime di atas sumbangan yang cemerlang kepada fakulti sepanjang beliau berkhidmat dengan Fakulti Ekologi Manusia.   

Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada Puan Khairnani Mohamad.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa FEM telah menerima enam (6) orang staf baharu (Kontrak) berkuat kuasa mulai 2 Februari 2021 seperti di butiran berikut:

Bil

Nama

Jawatan

Penempatan

1

Puan Nurul Syafika Sir Muhamad

Pembantu Tadbir (P/O)

Pejabat Timbalan Dekan

(Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat)

2.

Cik Siti Amirah Syaqirah Rashid

Pembantu Tadbir (P/O)

Pejabat Timbalan Dekan

(Penyelidikan & Inovasi)

3.

En. Mohd Aspah Kasim

Pembantu Tadbir (P/O)

Pejabat Timbalan Dekan

(Akademik, Antarabangsa, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

4

Puan Nurul Syahira Haryani Md Israry

Pembantu Operasi

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak (FACE)

5

Cik Norhartiny Noruddin

Pembantu Awam

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak (FACE)  

6

Puan Hamizah Samsudin

Pembantu Awam

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak (FACE)  


Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini. Diharap semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada staf baharu.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysian Journal of Human Ecology (MJHE) kini mengalu-alukan penghantaran manuskrip untuk penerbitan bagi tahun 2021. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi penerbitan MJHE tahun ini: 
1) Tarikh akhir penghantaran manuskrip : 30 April 2021
2) Proses Semakan Pertama: Mei - Jun 2021
3) Proses Semakan Kedua: Julai - Ogos 2021
4) Penerbitan: November/Disember 2021
Mohon layari website MJHE di link berikut untuk Panduan Penulishttps://eco1.upm.edu.my/jurnal_fakulti-3740
 
Pihak sekretariat MJHE boleh dihubungi menerusi emel: fem.mjhe@upm.edu.my bagi sebarang pertanyaan lanjut. Di atas perhatian dan kerjasama YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala homatnya dimaklumkan bahawa Prof. Dr. Haslinda Abdullah akan menjalankan tugas sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Ekologi Manusia mulai 15 - 28 Februari 2021

Diharapkan semua warga FEM dapat memberi kerjasama kepada beliau dalam menjalankan tugasnya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Nik Suria binti Nik Mustapha telah dinaikkan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) daripada jawatan Pembantu Makmal Gred C19 ke Gred C22 berkuat kuasa mulai 23 Januari 2021.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Puan Nik Suria Nik Mustapha dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Profesor Dr. Haslinda Abdullah telah dilantik menjalankan tugas Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), FEM oleh YBhg. Prof. Dato’ Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Menjalankan Fungsi Naib Canselor UPM, mulai 1 Mac 2021 sehingga Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) dilantik

Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri telah dilantik menjalankan tugas Dekan, FEM oleh YBhg. Prof. Dato' Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Menjalankan Fungsi Naib Canselor UPM, mulai 15 Mac 2021 sehingga Dekan baharu dilantik. 

Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dr. Rumaya binti Juhari telah dilantik semula sebagai Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni) oleh YBhg. Prof. Dato’ Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Menjalankan Fungsi Naib Canselor UPM bagi tempoh dua tahun mulai 1 April 2021 hingga 31 Mac 2023. 

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Profesor Dr. Mohamad Fazli bin Sabri telah dilantik sebagai Dekan, Fakulti Ekologi Manusia oleh YBhg. Prof. Dato’ Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Menjalankan Fungsi Naib Canselor UPM bagi tempoh tiga tahun mulai 1 April 2021 hingga 31 Mac 2024.  Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Profesor Dr. Ahmad Hariza Hashim di atas sumbangan beliau kepada fakulti sepanjang memegang jawatan Dekan, Fakulti Ekologi Manusia.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,   

YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Dimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Pusat Penerbit UPM telah menganjurkan program Persidangan Industri Kreatif Kebangsaan (PIKK) 2021, Anugerah Buku Negara 2021 dan Anugerah Telenovela 2021 pada 7 - 9 April 2021 di PWTC, Kuala Lumpur. Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) juga akan menandatangani perjanjian (MoU), dua buku terbitan Pusat Penerbit UPM.

Untuk makluman semua, sukacita dimaklumkan bahawa dua pegawai FEM berikut telah terlibat dalam persidangan ini.

Prof. Dr. Sarjit Singh a/l Darshan Singh:

Pembentang kertas kerja "Penulisan Karya Popular
untuk Pembangunan Masyarakat dan Negara"
PM. Dr. Mohd Izani Mohd Zain:
Editor buku IMPAK COVID-19 dan Prakarsa UPM

Sehubungan itu, pihak FEM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Prof. Dr. Sarjit Singh a/l Darshan Singh dan PM. Dr. Mohd Izani Mohd Zain.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,   
 
YBhg. Dato'/ YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Prof Madya Dr Hanina Halimatusaadiah Hamsan dan Jabatan Sains kemasyarakatan dan Pembangunan (JSKP) 
serta PM Dr Ku Hasnita Ku Samsu dan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK) di atas kejayaan menganjurkan majlis program seperti berikut:

1. Program: Majlis Menandatangani Surat Pertukaran Niat Antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan PEMADAM Negeri Selangor
      Tarikh:         9 April 2021 (Jumaat)
      Jam:            11.30 pagi
      Perunding:   Prof Madya Dr Hanina Halimatussadiah Hamsan
 
2. Program Agihan Buku Waqaf Kepada Pertubuhan Dakwah Terpilih di Malaysia Kerjasama Multaqa Asatizah dan Du'at
      Tarikh:                    9 April 2021 (Jumaat)
      Jam:                       3.00 ptg
      Pengarah Program: Prof Madya Dr Ku Hasnita Ku Samsu
 
Pihak Fakulti mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
 
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan, yang menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik Prof. Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Ekologi Manusia, UPM bagi tempoh tiga tahun mulai 1 Jun 2021 hingga 31 Mei 2024.  Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Profesor Dr. Haslinda Abdullah di atas sumbangan beliau kepada fakulti sepanjang memegang jawatan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Ekologi Manusia.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan, yang menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik Prof. Madya Dr. Zainal Madon sebagai Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia, UPM bagi tempoh tiga tahun mulai 1 Jun 2021 hingga 31 Mei 2024.  Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri di atas sumbangan beliau kepada fakulti sepanjang memegang jawatan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik Profesor Dr. Zaid bin Ahmad sebagai Anggota Senat UPM bagi tempoh tiga tahun mulai 7 Jun 2021.  Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Salmina Sulaiman telah dinaikkan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) daripada jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 ke Gred DG48 berkuat kuasa mulai 1 April 2021.
 
Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Puan Salmina Sulaiman dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Tahniah & Selamat Maju Jaya 
 
Diucapkan kepada ENCIK MOHD SAIFUDDIN ABU BAKAR yang telah menerima tawaran Peningkatan Secara Lantikan (PSL) sebagai PENOLONG JURUTERA, JA29 dan akan meneruskan khidmat di Fakulti Sains, UPM bermula 15 Jun 2021
 
Pihak Pengurusan & Staf Fakulti Ekologi Manusia mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbang bakti En. Saifuddin selama berkhidmat di FEM..
 
Selamat Maju Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia telah melantik Dr. Rojanah Kahar sebagai Ketua, Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, UPM bagi tempoh satu tahun mulai 1 Julai 2021 hingga 30 Jun 2022.  Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Zainal Madon di atas sumbangan beliau kepada fakulti sepanjang memegang jawatan Ketua, Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak UPM Consultancy & Services Sdn. Bhd. telah melantik ahli fakulti seperti berikut sebagai Perunding untuk Projek 'Kajian Baseline Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara' mulai 15 Julai 2021 hingga 14 Januari 2023:

  1. Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim
  2. Prof. Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan
  3. Prof. Madya Dr. Husniyah Abd. Rahim @ Abd. Wahab

Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Norisah binti Nasir dan Puan Nor Aida binti Abd Manaf telah dinaikkan pangkat daripada jawatan Pembantu Operasi Gred N11 kepada Gred N14 berkuat kuasa mulai 1 Jun 2021.
 
Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Puan Norisah binti Nasir dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik Encik Bukryman Sabri sebagai Felo Bersekutu (Perhubungan dan Kebajikan) Pejabat Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh dua tahun mulai 27 Julai 2021 hingga 26 Julai 2023. 

Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Tinggi telah melantik Prof. Dr. Sarjit Singh Darshan Singh sebagai Ahli Jawatankuasa Perancangan Strategik Pengukuhan Kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) Institusi Pendidikan Tinggi bagi tempoh dua (2) tahun mulai 2021 hingga 2023.

Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Prof//Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

Dengan sukacitanya Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat) memaklumkan dan mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada pegawai akademik Fakulti Ekologi Manusia yang telah mendapat geran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).  Maklumat terperinci seperti di bawah:

1

Nama

Dr. Irwan Syah bin Md Yusoff

Tajuk Projek

Pendayaupayaan dalam Menghadapi Norma Baharu bagi Meningkatkan Pendapatan B40 Bandar

Peruntukan

RM 22,000

Tempoh

15 Ogos 2021 hingga 14 Ogos 2022

2

Nama

Dr. Mohamad Naqiuddin bin Dahamat Azam

Tajuk Projek

Kursus Asuhan Kanak-Kanak Permata (KAP) dan Pentauliahan Pengasuh Berdaftar Sebagai Program Intervensi bagi Meningkatkan Pendapatan Suri Rumah dan Ibu Tunggal Golongan B40

Peruntukan

RM 10,000

Tempoh

15 Ogos 2021 hingga 14 Ogos 2022

3

Nama

Dr. Mohammad Mujaheed bin Hassan

Tajuk Projek

Projek Dapur Viral

Peruntukan

RM 7,000

Tempoh

15 Ogos 2021 hingga 14 Ogos 2022

4

Nama

Dr. Ang Mei Foong

Tajuk Projek

Music Painting: Experiencing Artistic Expression through Music

Peruntukan

RM 11,000

Tempoh

15 Ogos 2021 hingga 14 Ogos 2022

5

Nama

Dr. Mohd Najmi bin Daud

Tajuk Projek

Program Pembangunan Karakter Remaja B40

Peruntukan

RM 10,000

Tempoh

15 Ogos 2021 hingga 14 Ogos 2022

Sekian, terima kasih.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan, permohonan kemasukan  ke Makmal Perkembangan Kanak-kanak bagi TADIKA UPM & TASKA tahun 2022 akan dibuka 01 September 2021. Bagi staf dan pelajar UPM yang berminat untuk menghantar anak ke Makmal Perkembangan Kanak-kanak, Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, boleh menghantar borang permohonan pada atau sebelum 30 September 2021.

Kemasukan kanak-kanak ke TASKA adalah TERHAD bergantung kepada kekosongan yang ada. Walaubagaimanapun TIADA kekosongan untuk kanak-kanak 3 hingga 4 tahun.


Borang boleh didapati di pejabat Am FACE atau website http://www.eco1.upm.edu.my/  (di pautan pantas atau muat turun dokumen 53) - semak balik atau boleh dimuat turun daripada borang yang dilampirkan.

           
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak kami di talian  

03-97691330 dan emelkan borang tersebut kepada syahira.israry@upm.edu.my

        
Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Nur Hidayah Tina Abdullah telah dinaikkan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) dari jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29 ke Gred C32 berkuat kuasa mulai 5 Mei 2021.
 
Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Puan Nur Hidayah Tina Abdullah dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah melantik YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain sebagai ketua bagi program Bicara Kenegaraan 2021 yang akan diadakan pada 7 September 2021.

Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa fakulti telah melantik YBhg. Profesor Dr. Haslinda Abdullah sebagai Ketua Editor Malaysian Journal of Human Ecology (MJHE), Fakulti Ekologi Manusia bagi tempoh dua (2) tahun mulai 1 September 2021 hingga 31 Ogos 2023. 

Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Norhawati Saarani telah dinaikkan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) daripada jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ke Gred N22 berkuat kuasa mulai 7 Julai 2021.
 
Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Puan Norhawati Saarani dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Sharifah Hussin telah dinaikkan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) daripada jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 ke Gred N32 berkuat kuasa mulai 1 Julai 2021.
 
Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Puan Sharifah Hussin dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Profesor Madya Dr. Loo Fung Chiat telah dilantik semula sebagai Ketua, Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia oleh YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM bagi tempoh dua tahun mulai 1 Oktober 2021 hingga 30 September 2023. 

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Profesor Madya Dr. Mohd Daud bin Awang telah dilantik sebagai Pengarah, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia oleh YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM bagi tempoh dua tahun mulai 15 Oktober 2021 hingga 14 Oktober 2023. 

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,   
 
YBhg. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Mohd Roslan bin Rosnon telah memenangi AnugeraFellowship Naib Canselor UPM Tahun 2019 Kategori Penyelidikan dan Inovasi Kelompok Penyelidik Muda (Sains Sosial) sempena Majlis Gemilang Akademia Putra 2019 yang telah diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM pada 2 November 2021.
 
Pihak Fakulti mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Mohd Roslan bin Rosnon di atas pencapaian cemerlang ini.  
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Profesor Datuk Dr. Jayum anak Jawan telah dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada 13 November 2021.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pengurniaan ini.  

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
 
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,  
 
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik YBhg. Dato' Chin Eu Khoo, Derick, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Malaysia & Singapura, AstraZeneca sebagai CEO@PTJ bagi Fakulti Ekologi Manusia untuk tempoh dua tahun bermula 1 November 2021 hingga 30 Oktober 2023.    
 
Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Datuk Dr. Jayum anak Jawan telah dilantik sebagai Adjunct Faculty, Center for International Studies, Ohio University, Athens, Ohio, USA mulai 7 Disember 2021.

Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) telah melantik Encik Muhammad Fadir bin Abu Bakar sebagai Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja KEPERTAMA bagi Sesi 2021 - 2024 berkuatkuasa 24 November 2021.

Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM telah melantik Dr. Ang Mei Foong sebagai Ketua, Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh satu tahun mulai 15 Disember 2021 hingga 14 Disember 2022.  Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Fakulti juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Loo Fung Chiat di atas sumbangan beliau kepada fakulti sepanjang memegang jawatan Ketua, Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri telah dilantik sebagai Adjunct Professor Department of Management, Faculty of Economic & Business, Universitas Airlangga, Indonesia mulai September 2021 hingga Ogos 2022.

Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.   

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Ekologi Manusia dan pegawai FEM berikut telah memenangi anugerah dalam Majlis Anugerah Jaringan Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi 2020/2021 (ICAN 2020/2021) yang diadakan pada 21 Disember 2021, bertempat di IOI Resort City, Putrajaya.

Bil.


Nama Pemenang


Anugerah


Tajuk Projek


Pemenang


1







Fakulti Ekologi Manusia








Kategori Pusat Tanggungjawab
(PTJ) Terbaik 2020







 
2








YBhg. Profesor Dr. Rumaya Juhari







Pingat Emas
(JINM Showcase Industri 2019)









Semakan dan Pengukuhan Program Keibubapaan LPPKN di Malaysia
sebagai Pencegahan dan Respons
kepada Keganasan terhadap Kanak-kanak








3








Profesor Madya Dr. Zainal Madon







Pingat Emas
(JINM Showcase Industri 2020)








Kursus Asuhan dan Didikan Permata









4









Profesor Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan








Pingat Perak 1
(JINM Showcase Komuniti 2019 / IPSAS)









Program Pemerkasaan Klien AADK
Negeri Sembilan Menggunakan
Pendekatan Self –
Leadership Coaching








5









Dr. Mohd Najmi Daud









Pingat Gangsa 2
(JINM Showcase Komuniti 2020)










Pemerkasaan Modal Insan dalam
Kalangan Remaja, Ibu Bapa dan
Guru di Gurun, Kedah: Program
Diari Anak Milenia









6









Profesor Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan 








Kategori Komuniti
(Projek Jaringan Komuniti
Terbaik - Pegawai Akademik
2019 / IPSAS)







Program Pemerkasaan Klien
AADK Negeri Sembilan
Menggunakan Pendekatan
Self – Leadership Coaching








Pihak Fakulti mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian cemerlang ini.  

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Khairnani Mohmad telah dinaikkan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) dari jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ke Gred N22 berkuat kuasa mulai 4 November 2021.
 
Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Puan Khairnani Mohmad dan semoga terus cemerlang bersama FEM.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM telah melantik semula Dr. Mohd Roslan bin Rosnon sebagai Ketua, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh tiga tahun mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025.  

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM telah melantik semula Profesor Madya Dr. Mohd. Mahadee bin Ismail sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh tiga tahun mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025.  

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Profesor Dr. Haslinda binti Abdullah telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah, Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia oleh YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM bagi tempoh satu tahun mulai 3 Januari 2022 hingga 2 Januari 2023. 

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Norazlah binti Mat Il, Pembantu Setiausaha Pejabat di Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) telah dikurniakan Ijazah Doktor Falsafah (Bahasa Melayu) di Majlis Konvokesyen UPM ke-44 pada 10 Januari 2022.
 
Pihak Fakulti mengucapkan sekalung tahniah di atas pencapaian beliau.
 
Sekian, terima kasih.
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia telah melantik Encik Bukryman bin Sabri sebagai Penyelaras Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar mulai 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022.

Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya. 

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Profesor Dr. Sarjit Singh a/l Darshan Singh telah dilantik sebagai ahli Senat yang diko-opt oleh YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM/Pengerusi Senat untuk tempoh tiga tahun mulai 14 Disember 2021.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya. 

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.   

YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain telah menerima Anugerah Penulis Kepakaran Produktif Bidang Sains Sosial sempena Majlis Naratif Naib Canselor 2022 yang diadakan pada 11 Februari 2022, bertempat Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain di atas penerimaan anugerah tersebut.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

 
YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Puvaneswaran a/l Kunasekaran telah ditawarkan jawatan Pensyarah Kanan Gred DS51 di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan (JSKP) berkuatkuasa pada 1 Mac 2022.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan Dr. Puvaneswaran a/l Kunasekaran.  
 
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Samir Muhazzab Amin telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Perundingan, Jaringan Komuniti dan Pembangunan) Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia oleh YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM bagi tempoh satu tahun mulai 1 Mac 2022 hingga 28 Februari 2023. 

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan selamat maju jaya. 

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  

Warga FEM yang dihormati,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Mohamad Salleh bin Abdul Ghani telah ditawarkan jawatan Pensyarah Kanan Gred DS51 di Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga (JPMPK) berkuat kuasa pada 1 April 2022.

Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan Dr. Mohamad Salleh bin Abdul Ghani.  
 
Sekian, terima kasih.
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDTNAX~