Sejarah Jabatan | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» JABATAN » Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga » Sejarah Jabatan

Sejarah Jabatan

Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga (JPMPK) memberi tumpuan kepada pengajian pembangunan individu sepanjang hayat dari peringkat janin hingga tua dengan penekanan dalam bidang perkembangan kanak-kanak dan remaja, pembangunan keluarga, kaunseling keluarga dan penuaan. JPMPK mempunyai matlamat berikut:

  • Untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam bidang pembangunan keluarga dan kanak-kanak;
  • Mengendalikan penyelidikan dalam bidang pembangunan manusia dan keluarga untuk menghasilkan maklumat berkaitan yang terkini dan relevan bagi mengukuhkan pengajaran serta membantu perancangan dan perlaksanaan dasar negara;
  • Memberi perkhidmatan komuniti serta perundingan kepada agensi berkaitan; mewujud dan meningkatkan kerjasama dengan badan-badan berkaitan di dalam dan luar negara.

Kemaskini:: 14/10/2019 [rozlita]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
BVJdDAw~