VISIT BY THE DIRECTOR-GENERAL OF LPPKN TO THE FACULTY OF HUMAN ECOLOGY, UPM
Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan rasmi daripada Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, pada 26 Januari 2026 jam 9.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Dekan FEM. Lawatan ini turut disertai oleh tiga orang pegawai LPPKN, iaitu Puan Rosmonaliza Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga; Puan Rahimah Ibrahim, Pegawai Tadbir; serta Cik Khuzailah Affandi, Penolong Pengarah Kanan, Unit Penerangan dan Pendidikan.