PENGENALAN
SCoRE adalah singkatan kepada Sustainable Consumption Research Centre of Excellence. SCoRE telah ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan (CoE) UPM dan dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari (PKKPL) pada masa itu.
Pada tahun 2012, Pusat kecemerlangan telah ditukar kepada pusat penyelidikan dan dari situ terhasilnya nama baru bagi SCoRE. SCoRE diterajui oleh sekumpulan penyelidik bagi memastikan visi dan misi SCoRE terlaksana.
VISI
Menjadi sebuah pusat penyelidikan berkaitan penggunaan lestari yang aktif dan cemerlang.
MISI
Meningkatkan kualiti hidup pengguna Malaysia melalui aktiviti penyelidikan, pendidikan, advokasi, dan menubuhkan jaringan kerja dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara.
FUNGSI SCoRE
(a) Menerajui penyelidikan tingkah laku penggunaan lestari.
(b) Menjadi pusat rujukan utama maklumat berkaitan penggunaan lestari.
(c) Menyediakan peluang penyelidikan bagi pelajar yang mengikuti program dalam bidang Pengajian Pengguna.
(d) Menyebarkan maklumat dan berkongsi hasil penyelidikan melalui aktiviti penulisan, seminar, bengkel dan perkongsian bijak.
(e) Menyediakan maklumat dan khidmat nasihat kepada pelbagai agensi dan kementerian.
(f) Bekerjasama dengan institusi dalam dan luar negara melalui aktiviti pertukaran program dan penyelidikan.
FOKUS PENYELIDIKAN
Terdapat dua fokus utama penyelidikan yang dijalankan secara berterusan di bawah SCoRE iaitu :-
1) Penggunaan Lestari
- Di bawah kajian Penggunaan Lestari terdapat 5 bidang fokus iaitu berkaitan Tingkah Laku, Kesejahteraan & Keupayaan Kewangan, Trend, Kebijaksanaan dan Persekitaran
2) Rentan dan Kemiskinan
- Manakala di bawah Kajian Rentan & Kemiskinan terdapat 3 bidang fokus iaitu berkaitan Gender, Makanan & Kelaparan, dan Modal Insan
LATIHAN, PERUNDINGAN & PERKHIDMATAN
SCoRE juga turut mengadakan beberapa program seperti bengkel, seminar atau konferens bagi berkongsi kepakaran dan ilmu kepada masyarakat. Antara program yang dijalankan adalah seperti Bengkel Pembudayaan Penggunaan Lestari, Karnival Kelestarian Alam Sekitar UPM, Konvensyen Pertandingan Pembangunan Produk Lestari Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Bengkel Pengumpulan Data Secara Atas Talian.
JARINGAN KERJASAMA
SCoRE mempunyai hubungan kerjasama dengan agensi-agensi kebangsaan dan antarabangsa seperti Persatuan Ekonomi Keluarga dan Pengguna Malaysia (MACFEA), Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dan juga Institut Gerontologi UPM (IG).
MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
![]() |
Dr. Zuroni Md. Jusoh
|
Kemaskini:: 05/07/2022 [aspah.kasim]