Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari (SCoRE) | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» PENYELIDIKAN » Pusat Kecemerlangan Penyelidikan » Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari (SCoRE)

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari (SCoRE)

PENGENALAN


SCoRE adalah singkatan kepada Sustainable Consumption Research Centre of Excellence. SCoRE telah ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan (CoE) UPM dan dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari (PKKPL) pada masa itu.

Pada tahun 2012, Pusat kecemerlangan telah ditukar kepada pusat penyelidikan dan dari situ terhasilnya nama baru bagi SCoRE. SCoRE diterajui oleh sekumpulan penyelidik bagi memastikan visi dan misi SCoRE terlaksana.

VISI

Menjadi sebuah pusat penyelidikan berkaitan penggunaan lestari yang aktif dan cemerlang.

MISI

Meningkatkan kualiti hidup pengguna Malaysia melalui aktiviti penyelidikan, pendidikan, advokasi, dan menubuhkan jaringan kerja dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara.

FUNGSI SCoRE

(a) Menerajui penyelidikan tingkah laku penggunaan lestari.

(b) Menjadi pusat rujukan utama maklumat berkaitan penggunaan lestari.

(c) Menyediakan peluang penyelidikan bagi pelajar yang mengikuti program dalam bidang Pengajian Pengguna.

(d) Menyebarkan maklumat dan berkongsi hasil penyelidikan melalui aktiviti penulisan, seminar, bengkel dan perkongsian bijak.

(e) Menyediakan maklumat dan khidmat nasihat kepada pelbagai agensi dan kementerian.

(f) Bekerjasama dengan institusi dalam dan luar negara melalui aktiviti pertukaran program dan penyelidikan.

FOKUS PENYELIDIKAN


Terdapat dua fokus utama penyelidikan yang dijalankan secara berterusan di bawah SCoRE iaitu :-

1) Penggunaan Lestari

- Di bawah kajian Penggunaan Lestari terdapat 5 bidang fokus iaitu berkaitan Tingkah Laku, Kesejahteraan & Keupayaan Kewangan, Trend, Kebijaksanaan dan Persekitaran

2) Rentan dan Kemiskinan

- Manakala di bawah Kajian Rentan & Kemiskinan terdapat 3 bidang fokus iaitu berkaitan Gender, Makanan & Kelaparan, dan Modal Insan

LATIHAN, PERUNDINGAN & PERKHIDMATAN


SCoRE juga turut mengadakan beberapa program seperti bengkel, seminar atau konferens bagi berkongsi kepakaran dan ilmu kepada masyarakat. Antara program yang dijalankan adalah seperti Bengkel Pembudayaan Penggunaan Lestari, Karnival Kelestarian Alam Sekitar UPM, Konvensyen Pertandingan Pembangunan Produk Lestari Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Bengkel Pengumpulan Data Secara Atas Talian.

JARINGAN KERJASAMA


SCoRE mempunyai hubungan kerjasama dengan agensi-agensi kebangsaan dan antarabangsa seperti Persatuan Ekonomi Keluarga dan Pengguna Malaysia (MACFEA), Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dan juga Institut Gerontologi UPM (IG). 

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

Dr. Zuroni Md. Jusoh                                                                      
Ketua                                                                                               
Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari (SCoRE)
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
Tel:      03.9769 7111                                                                   
Emel:   zuroni@upm.edu.my

 


 

 

Kemaskini:: 05/07/2022 [aspah.kasim]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXETIA2~