Program ini dibentuk bersesuaian dengan mereka yang berminat untuk menjadi profesional kewangan yang kompeten dalam bidang kewangan personal.
Kandungan program difokuskan secara khusus kepada membina pengetahuan dan kemahiran profesional yang diperlukan untuk menguasai pelbagai aspek
pengurusan kewangan merangkumi pengurusan risiko, perancangan cukai dan zakat, strategi pelaburan serta estet dan perancangan persaraan. Pelajar akan
mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang perancangan kewangan personal dan berupaya menyelesaikan pelbagai masalah
berkaitan perancangan kewangan personal untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan isi rumah.
|
Penyelaras Program Profesor Madya Dr. Syuhaily Osman Tel: 03-9769 7109 Emel: shuly@upm.edu.my |
Kemaskini:: 20/08/2026 [syafika.muhamad]
