Sesi Open Mic Fakulti Ekologi Manusia | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Sesi Open Mic Fakulti Ekologi Manusia

Sesi Open Mic Fakulti Ekologi Manusia

Oleh : Chow Heng Yee

 

 

SERDANG - Sesi Open Mic Fakulti telah bermula pada 7 November 2018 di Pusat Pelajar, Fakulti Ekologi Manusia (FEM) anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekologi Manusia (HESA). Aktiviti ini melibatkan semua mahasiswa FEM dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka.

Selain itu, aktiviti ini juga menjadi platform bagi mahasiswa menonjolkan bakat masing-masing dalam pelbagai bidang di samping membina keyakinan diri untuk berada di hadapan.

Aktiviti ini mempunyai konsep santai dan free and easy. Pelajar diberi kebebasan untuk membuat apa sahaja persembahan sama ada berpidato, menyanyi, menari dan lain-lain.

Aktiviti akan berlangsung setiap minggu sehingga akhir semester iaitu pada 7, 13, 21, 27 November dan 4 Disember 2018, masa 9 pagi hingga 11 pagi bertempat di Pusat Pelajar, Fakulti Ekologi Manusia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 15/11/2018 | Updated: 15/11/2018 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXERFAz~