Oleh: Dr. Murni Wan Mohd Nor
Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan
![]() |
SERDANG, 24 Ogos 2019 - “Seminar Tips Peguam: Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam” merupakan program anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan, FEM, UPM dengan kerjasama WAZAN, UPM dan Shahir, Khubayb & Co. Seminar berlangsung pada 24 Ogos 2019 (Sabtu) di Dewan Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia. Para peserta terdiri daripada staf akademik/bukan akademik UPM dan juga orang awam, seperti kakitangan kerajaan, pesara dan golongan profesional. Penceramah jemputan adalah peguam dan rakan kongsi kepada Tetuan Shahir Khubayb dan Co, iaitu Tuan Shahir Ab Razak.
Di antara objektif program ini adalah;
Ucapan aluan disampaikan oleh Ketua Jabatan Prof Madya Dr. Adlina Ab Halim dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengarah WAZAN yang diwakili oleh Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim. Majlis diteruskan dengan pengenalan biodata penceramah oleh Dr. Murni Wan Mohd Nor. Tuan Shahir Ab Razak seterusnya mengadakan aktiviti kuiz interaktif bagi menguji pemahaman peserta mengenai faraid, wasiat dan hibah yang diikuti dengan ceramah bertajuk “Isu-isu yang sering dikelirukan antara pentadbiran faraid, wasiat dan hibah”. Seterusnya adalah sesi soal jawab dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim. Program tamat pada jam 1.00 tengah hari. Program telah dilaksanakan dengan cemerlang dan semua peserta memberikan respon yang amat positif serta menyatakan minat untuk menghadiri program siri 2.
|
|
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Date of Input: 05/09/2019 | Updated: 05/09/2019 | rozlita