Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

Oleh:  Normaziah Zulkifli
           Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi)



 

SERDANG, 30 Sept 2019 – Wacana Intelek yang bertajuk “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” telah diadakan pada 28 Ogos 2019 bertempat di Bilik Sidang, Fakulti Ekologi Manusia. Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi ini dihadiri hampir 30 orang yang terdiri daripada staf  dan juga pelajar UPM serta beberapa agensi luar.

Bagi mengupas topik wacana kali ini, seramai 4 ahli panel telah dijemput iaitu YBrs. Haji Abdul Halim b. Hassan, Pengarah Institut dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), YBrs. Prof. Madya Dr. Sarjit S. Gill, Pensyarah Kanan di Fakulti Ekologi Manusia, YBrs. Prof. Madya Dr. Novel Anak Lyndon, pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan YBrs. Prof. Madya Dr. Chin Yee Mun, pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahma. Perbincangan ini dibantu dengan kelolaan moderator YBrs. Prof Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia.

Dalam mengupas erti tema kemerdekaan ini, Tuan Haji Abdul Halim menjelaskan hari kemerdekaan ini lebih menjurus kepada memupuk semangat patriotik. Tema-tema hari kemerdekaan yang dicetuskan lebih kepada untuk mengukuhkan semangat perpaduan. Dan jika melihat kepada tema kemerdekaan kali ini, ‘Sayangi Malaysiaku’ adalah untuk menekankan perpaduan manakala ‘Malaysia Bersih’ ini lebih kepada konteks bersih tadbir urus serta berintegriti.

Pandangan Dr. Novel pula mengenai masyarakat Sabah dan Sarawak dalam konteks sayangi Malaysia pula, cinta kepada negara perlu diletakkan diatas. Namun dalam mengukuhkan rasa cinta ini, kerajaan perlu menangani isu kemiskinan serta jurang antara wilayah.

Menurut Dr Chia, ketidakstabilan ekonomi negara boleh mengganggu gugat perpaduan masyarakat. Kemiskinan bukan sahaja boleh menjejaskan perpaduan malah boleh memberi kesan kepada meningkatnya masalah sosial.

Dr. Sarjit berpendapat, punca utama masalah perpaduan adalah disebabkan masyarakat masih gagal untuk mengenali antara satu sama lain disebabkan tidak memahami perbezaan dan kepelbagaian agama dan budaya. Banyak dasar yang digubal kerajaan namun ianya cantik sebagai dasar sahaja tanpa ada tindakan. Orang yang mempunyai agenda politik juga dilihat menggangu gugat perpaduan dengan memainkan isu 4R (race, religion, royalty & region)

Sehubungan itu, bagi memupuk perpaduan, masyarakat perlu ditekankan dengan bagaimana untuk menghormati kepelbagaian dalam negara. Ahli politik dan NGO juga perlu mengelakkan daripada bermain dengan isu-isu 4R ini. Perpaduan dalam masyarakat merupakan tunjang kepada keutuhan sesebuah negara. ‘Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-62!!’


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 30/09/2019 | Updated: 30/09/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdVAq~