PROGRAM MUAFAKAT RAMADHAN 2019 | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » PROGRAM MUAFAKAT RAMADHAN 2019

PROGRAM MUAFAKAT RAMADHAN 2019

 

Oleh:  Ain Nisrin Adnin

  

SERDANG, 24 Mei 2019 -  BERSEDEKAH itu amalan mulia apatah lagi pada hari Jumaat bagi mensucikan hati dan mengumpul pahala yang berlipat ganda.  Menarik untuk Tahun 2019 kali ini, Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi (KKSR) telah menganjurkan Program Muafakat Ramadhan 2019.  Program dimulakan dengan gotong-royong Rewang Bubur Lambuk pada jam 8.30 pagi. Program ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Ahmad Hariza Hashim, Dekan Fakulti Ekologi Manusia bertempat di Dataran Fakulti Ekologi Manusia. Program Rewang Bubur Lambuk tamat pada jam 1.00 petang.

Program Muafakat Ramadhan diteruskan pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Seminar Al-Farabi, FEM. Tazkirah disampaikan oleh Dr. Haji Ahmad Nasir bin Mohd. Yusoff, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraaan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia. Tajuk yang disampaikan ialah "Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadhan". Antara intipati ceramah yang disampaikan ialah rebut peluang di akhir Ramadhan, malam Lailatul Qadar dan rahmat Bulan Ramadhan.

Selain itu, bacaan Yasin dan Tahlil serta sumbangan kepada staf fakulti yang baru-baru ini kehilangan ahli keluarga tersayang.  Program tamat pada jam 4.15 petang.

 

   
         
   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 29/05/2019 | Updated: 29/05/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1569269519