Oleh: Prof. Madya Dr. Syuhaily Osman
Ketua Jabatan
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
SERDANG, 27 September 2019 - Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun satu Bacelor Pengajian Pengguna (BPG), Fakulti Ekologi Manusia dan exco Gerakan Pengguna Siswa (GPS), telah menghadiri Program Kesedaran Pendidikan Pengguna untuk Generasi Muda (PENGGUNA MUDA) pada 22 September 2019 di DKFEM2, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.
Bina kesedaran, cetus perubahan sikap dan amalan merupakan tujuan utama bengkel ini. Adalah menjadi harapan agar “Budaya Pengguna Murni” dapat dicetuskan dalam kalangan generasi belia yang seterusnya akan menjadi pemangkin kepada proses perubahan masyarakat pengguna.
Gerakan Pendidikan Pengguna merupakan gerakan yang amat penting untuk diterapkan terutamanya kepada generasi belia. Ini kerana Pendidikan Pengguna merupakan suatu bidang yang mencakupi soal kehidupan manusia. Setiap orang tidak akan terlepas untuk menjadi pengguna dan ia seharusnya memiliki perspektif pengguna yang baik dan bersifat lestari.
Perkara ini penting disebabkan gaya hidup pengguna yang sedang berkembang ini nampaknya tidak sangat memikirkan persoalan lestari dalam amalan pengguna. Kita lebih terdedah kepada persoalan membazir, mengeksploitasi sumber, kegagalan pengurusan sumber, eksploitasi pasaran untuk keuntugan, dan pelbagai lagi isu pengguna yang wujud kini.
Selain itu juga, perkembangan teknologi telah menjadi medium utama golongan belia remaja ini bersosial dan membentuk kehidupan. Pembelian secara elektronik, internet mahupun maya telah menjadi cara hidup generasi belia remaja ini. Pendedahan data-data peribadi dalam laman maya ini telah menyebabkan banyak dikalangan belia remaja ini menjadi mangsa dalam penipuan maya.
Malah dalam hal ini pengguna belia merupakan sasaran pengguna yang sangat berpengaruh dalam menentukan gaya pengguna masa hadapan. Jika amalan kepenggunaan yang betul tidak diterapkan dikalangan generasi belia ini, kemungkinan kita berdepan dengan Budaya dan Amalan kepenggunaan masa hadapan yang lebih teruk.
Atas dasar itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, (CAP) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Fakulti Ekologi Manusia , Universiti Putara Malaysia (UPM) serta Gerakan Pengguna Siswa, UPM (GPS – UPM), mengambil inisiatif menganjurkan bengkel separuh hari untuk mencetuskan kesedaran ini.
Program Bengkel Kesedaran ini telah menumpukan kepada beberapa pendekatan yang melibatkan partisipasi kumpulan sasar dalam setiap aktiviti latihan yang dijalankan, antaranya ialah:
Faedah yang diperolehi daripada program ini
![]() |
![]() |
|
Pengerusi majlis memulakan program |
Presiden GPS memberi kata-kata aluan dan
|
|
![]() |
![]() |
|
Sesi penceramah pertama
|
Sesi penceramah kedua
|
|
![]() |
![]() |
|
Sesi penceramah ketiga (Sesi Cambah Minda: Cabaran dan Persiapan - Budaya Pengguna & Sesi 2: Pengurusan Kewangan Lestari - Perspektif dan Realiti Budaya Kini) |
Suasana dewan dan peserta
|
|
![]() |
||
Sesi penutup dan pemberian cenderamata |
Date of Input: 27/09/2019 | Updated: 27/09/2019 | rozlita