Oleh: Norhawati Saarani
Serdang, 3 April 2019 - Fakulti Ekologi Manusia telah mengadakan Program Gotong-royong dan Amalan 5S FEM (Siri 2/2019) pada 3 April 2019, Rabu di ECO1, Fakulti Ekologi Manusia. Program ini melibat semua warga FEM.
Fokus utama program gotong-royong kali ini adalah di persekitaran Dewan Seminar Al-Farabi, FEM. Ianya adalah bagi memperindahkan sekitar kawasan tersebut.
Program dimulai dengan taklimat daripada Ketua Penolong Pendaftar, Encik Nasrudin Yahya dan diikuti dengan sesi ringkas senaman aerobik yang diketuai oleh Cik Nor Hidayah Mohammad. Seterusnya semua staf bergerak ke lokasi gotong-royong yang telah ditetapkan.
Seramai lebih 50 orang staf termasuk pegawai akademik, pegawai tadbir, pegawai pelaksana dan pembantu penyelidik terlibat di dalam program gotong royong pada kali ini.
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
||
|
|
|
||
|
![]() |
![]() |
||
Date of Input: 09/04/2019 | Updated: 09/04/2019 | rozlita