PROGRAM GALERI 3R | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » PROGRAM GALERI 3R

PROGRAM GALERI 3R

Oleh:  Normaziah Zulkifli
           Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi)

 

SERDANG, 20 Disember 2019 – Satu perjumpaan antara pihak UPM dan SWCorp telah diadakan pada 8 November 2019 bertempat di bangunan SWCorp bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai penyelarasan  program galeri 3R. Pihak UPM diwakili oleh En Bukryman Sabri (Putra bakti Siswa), Dr Norzalina Zainuddin (SCoRE), Dr Zuroni Md Jusoh (SCoRE), Pn. Normaziah Zulkifli (SCoRE) dan juga Tn. Hj. Mat Razi b. Abdullah (Pusat islam UPM).

Perjumpaan bersama-sama wakil SWCorp yang diketuai oleh Cik Sumatra a/p Appavoo, Timbalan Pengarah di Bahagian Pendidikan Masyarakat dimulai dengan penerangan mengenai peranan bahagian Pendidikan Masyarakat ini dan usaha-usaha yang sedang dijalankan dan akan dijalankan.

Program 3R Galeri ini adalah merupakan pameran bagi pemenang-pemenang yang memasuki pertandingan kreatif 3R dimana tujuan utama adalah untuk meminimakan sampah di tapak pelupusan. Oleh itu peserta perlu menggunakan daya kreatif mereka untuk menterjemahkan barang-barang terbuang/ sisa pepejal ini ke dalam bentuk yang lebih kreatif dan menarik. Program ini telah menarik ramai peserta dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan sama ada daripada organisasi mahupun individu sendiri.

Selain itu, pihak UPM amat tertarik dengan salah satu program komuniti yang sedang dijalankan oleh pihak SWCorp iaitu ZeCom (Zero Waste Community) dimana ianya dijalankan di PPR terpilih. Komuniti disitu hanya perlu membawa barang-barang 3R untuk redeem dengan barang makanan. UPM bercadang untuk melaksanakan program sebegitu untuk para pelajar bagi meringankan bebanan mereka dari segi untuk mendapatkan keperluan makanan (ZeCamp-Zero waste Campus)

Pihak UPM juga sangat berbesar hati untuk terlibat dalam modul ‘Sukarelawan” kkas untuk pelajar IPT. Pelajar-pelajar boleh mendaftar secara online untuk terlibat sebagai sukarelawan untuk program-program bersama SWCorp.

Perjumpaan ini kemudiannya diakhiri dengan jamuan dan juga seterusnya melawat Galeri 3R SWCorp yang menempatkan hasil-hasil kreatif para pemenang.

 

 
     
 
     
 
     
 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 20/12/2019 | Updated: 20/12/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1601560641