Oleh: Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam
GURUN, KEDAH - Pada 20 September 2018, Program Diari Anak Milenia yang diketuai oleh Dr. Mohd Najmi Daud sekali lagi dijalankan di Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun (SMAPG), Kedah Darul Aman. Program fasa kedua ini merupakan kesinambungan kepada fasa pertama yang telah dilaksanakan pada 25-26 April 2018.
![]() |
![]() |
Program ini merupakan hasil kerjasama Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga (JPMPK), Fakulti Ekologi Manusia dan SMAPG menerusi Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diterajui oleh En. Ahmad Sayuti Ibrahim. Kali ini, fokus diberikan kepada meningkatkan motivasi pelajar, pengurusan stress, pemahaman tentang isu-isu remaja semasa dan persediaan menduduki peperiksaan.
![]() |
![]() |
Program Diari Anak Milenia ini dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh pengetua SMAPG, Tuan Hj. Nazri bin Hamid. Usai majlis perasmian, Dr. Mohd Najmi bersama dua pensyarah lain JPMPK iaitu Dr. Zainal Madon dan Encik Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam menyampaikan ceramah kepada 359 orang pelajar tingkatan 1 hingga 5 sekolah tersebut mengikut slot-slot yang telah ditetapkan.
![]() |
![]() |
Pelajar tingkatan 1 dan 2 diberi pendedahan berkenaan teknik-teknik menjadi pelajar cemerlang (oleh Dr. Zainal) dan isu dan cabaran penting yang dihadapi remaja (oleh En. Naqiuddin). Pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 pula didedahkan dengan cara pengurusan stress (oleh Dr. Najmi) dan tip-tip menghadapi peperiksaan (oleh Dr. Zainal).
Date of Input: 25/09/2018 | Updated: 25/09/2018 | rozlita