Program Assigment Workshop Anjuran HESA 2019/2020 | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Program Assigment Workshop Anjuran HESA 2019/2020

Program Assigment Workshop Anjuran HESA 2019/2020

Oleh:  Aqilah Hairul Anuar
           Bacelor Pengajian Pengguna (Tahun 2)



SERDANG, 8 Nov. 2019 - Pada 11 Oktober 2019 yang lalu, barisan exco Human Ecology Students’ Association (HESA) dengan kerjasama pihak pengurusan Fakulti Ekologi Manusia dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM telah menganjurkan program Assignment Workshop yang bertempat di Dewan Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Program yang merupakan anjuran biro Akademik dan Alumni sesi 2019/2020 ini telah mendapat sambutan penyertaan seramai 50 orang pelajar tahun pertama dari Fakulti Ekologi Manusia dan juga Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Program ini dianjurkan dengan tujuan memberi tunjuk ajar kepada mahasiswa/i berkenaan proses menyiapkan tugasan kerja dengan format tugasan yang betul. Di samping menyemai sikap tolong-menolong, bertanggungjawab dan sikap persaingan secara sihat dalam kalangan mahasiswa, ia juga bertujuan melahirkan graduan FEM yang bermutu tinggi yang mampu mengubah sikap sosial masyarakat.

Sepanjang berlangsungnya program, mereka telah didedahkan serba sedikit mengenai format tugasan kerja yang betul seperti cara membuat rujukan, apa itu tugasan kerja?, dan juga kajian literatur secara sistematik yang sesuai digunakan.  Seramai dua orang panel yang juga merupakan pensyarah Fakulti Ekologi Manusia telah dijemput untuk berkongsi ilmu kepada mahasiswa.  Antaranya ialah Prof. Madya Dr. Sarjit Singh A/L Darshan Singh dan Dr. Nik Ahmad Sufian bin Burhan@Jaohari. 

Disebabkan, program seperti ini sangat berguna dan penting kepada mahasiswa, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mengadakan program ini lagi pada masa akan datang.  Dengan harapan agar penganjuran program Assignment Workshop ini dapat memberi manfaat kepada pembentukan kecemerlangan mahasiswa sekaligus memenuhi aspirasi dan harapan negara dalam mencapai kecemerlangan akademik.

 
     
 
     
 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 08/11/2019 | Updated: 12/11/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1574252839