Pertandingan Three Minute Thesis (3MT) 2019 Di Peringkat Fakulti | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Pertandingan Three Minute Thesis (3MT) 2019 di Peringkat Fakulti

Pertandingan Three Minute Thesis (3MT) 2019 di Peringkat Fakulti

 

Oleh: Che Dini Maryani Ishkandar El-Rahimin

 

SERDANG, 12 Februari 2019 - Fakulti Ekologi Manusia telah mengadakan Pertandingan Three Minute Thesis (3MT) 2019 di peringkat fakulti bertempat di Bilik Sidang, FEM. Seramai lapan (8) orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Empat (4) orang penilai telah dilantik bagi mengadili pertandingan ini iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain (ketua), Prof. Madya Dr. Elistina Abu Bakar, Dr. Mohammad Mujaheed Hassan dan Dr. Mohd Najmi Daud.

Pensyarah, pelajar siswazah dan juga pelajar prasiswazah turut hadir bagi memberikan sokongan moral kepada peserta 3MT.

Pertandingan ini diadakan bagi memilih dua orang wakil bagi mewakili fakulti untuk pertandingan 3MT 2019 di peringkat universiti. Penilai secara sebulat suara telah memilih Tan Yen Teng dan Sumara Mashood Ul Hassan untuk mewakili fakulti.


 
     
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 19/02/2019 | Updated: 19/02/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1576427368