Misi Bantuan Banjir KKSR, FEM | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Misi Bantuan Banjir KKSR, FEM

Misi Bantuan Banjir KKSR, FEM

Oleh:  Prof. Madya Dr. Ratna Roshida Ab Razak
           Pengerusi KKSR, FEM


SERDANG
, 28 Disember 2021 - Pihak Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi (KKSR) FEM ingin mengucapkan jutaan terima kasih bagi mereka yang telah sudi menghulurkan sumbangan demi menzahirkan rasa empati kepada teman-teman kita yang telah diduga dengan ujian banjir yang agak luar biasa pada 20 Disember lalu, khususnya untuk Puan Sri Rahayu Ismail dan Dr Irwan Syah Md Yusoff.  

Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang ingin bersama menghulurkan sumbangan, disertakan butiran akaun:

NAMA AKAUN BANK CIMB : KELAB KEBAJIKAN, SUKAN DAN REAKREASI FEM
NOMBOR AKAUN: 8002166878

Untuk makluman semua, team KKSR juga telah menziarahi mereka pada 23 Disember lalu dan menghulurkan bantuan tenaga sekadar yang termampu. Di sini disertakan beberapa rakaman situasi persekitaran kediaman mereka. 

Semoga dengan bantuan yang diberikan, meskipun kecil di mata kita, akan tetap besar pada pandangan Tuhan. 

Untuk mereka yang sedang melalui ujian ini, moga kekal tenang dan doa kami tetap bersama kalian. 

 

 
     
 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 28/12/2021 | Updated: 21/01/2022 | aspah.kasim

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEZUA0~