Majlis Kesyukuran JPKK 2025 | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Majlis Kesyukuran JPKK 2025

Majlis Kesyukuran JPKK 2025

SERDANG, 29 April 2025 - Hari Raya Aidilfitri merupakan satu perayaan utama umat Islam yang disambut dengan penuh kesyukuran setelah menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan. Semangat ukhuwah, perpaduan, dan saling memaafkan menjadi tunjang dalam sambutan ini.Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, satu majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1446H telah dianjurkan.

Majlis ini bertujuan menghimpunkan semua staf pelbagai bangsa dan agama dalam suasana penuh kemesraan dan meraikan kejayaan bersama-sama setelah melalui Ramadan yang penuh keberkatan.

Objektif

  • Mengukuhkan hubungan silaturahim antara warga staf Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan.
  • Meraikan sambutan Hari Raya dalam suasana yang harmoni dan penuh kesyukuran.
  • Meningkatkan semangat kerjasama dan persefahaman antara semua warga jabatan.
  • Menghargai jasa dan sumbangan staf dalam memajukan jabatan sepanjang tahun.
  • Mewujudkan suasana kerja yang lebih positif dan bersemangat selepas bulan Ramadan.

 


 


 


 


 

Disediakan oleh:

 

Dr Hj.Ahmad Nasir Mohd Yusoff

Pengerusi

Kelab Kebajikan, Sukan Dan Rekreasi

Fakulti Ekologi Manusia

Sesi 2024-2026

25/4/2025

 

Date of Input: 30/04/2025 | Updated: 03/05/2025 | aspah.kasim

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
W, (04:40:19pm-04:45:19pm, 24 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]