Konsert ‘Musical Narratives’ Anjuran Jabatan Muzik | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Konsert ‘Musical Narratives’ Anjuran Jabatan Muzik

Konsert ‘Musical Narratives’ Anjuran Jabatan Muzik

 

Oleh:  Gerald Ng Kea Chye
          Jabatan Muzik, FEM

 

Panggung Percubaan, UPM, 24 Mei 2019 - Jabatan Muzik telah menganjurkan satu konsert pada 24hb Mei 2019, bertempat di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, jam 8.30 malam.

Konsert ini merupakan satu persembahan yang memaparkan kumpulan Koir dan Orkestra Simfoni, Jabatan Muzik. Untuk makluman, kumpulan koir dipimpin oleh Puan Ang Mei Foong manakala orkestra simfoni pula dipimpin oleh Encik Gerald Ng. Kedua-dua kumpulan ini terdiri daripada para mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Konsert ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah menarik perhatian lebih kurang 250 orang penonton, termasuk tetamu jemputan dari Taylor’s International School Puchong.

Konsert ini bertujuan memberi pendedahan kepada para mahasiswa dan mahasiswi, terutamanya pelajar Jabatan Muzik terhadap persembahan berbentuk koir serta orkestra. Selain itu, para pelajar juga mendapat peluang mempamerkan teknik-teknik serta repertoire yang telah dipelajari sepanjang semester ini. Konsert ini dibahagikan kepada dua bahagian, di mana bahagian pertama memaparkan kumpulan koir manakala kumpulan simfoni orkestra telah membuat persembahan mereka pada bahagian kedua konsert. Persembahan kedua-dua bahagian ini telah berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit (temasuk intermission).

Kumpulan koir telah membuat persembahan menggunakan repertoire yang berdasarkan lagu-lagu tradisional seperti ‘Lenggang, Lenggang Kangkong’, ‘Liling’, ‘Jong, Jong Inai’ dan lagu-lagu popular dari sesuatu komuniti seperti ‘Jambatan Tamparuli’, ‘Bengawan Solo’, ‘Arirang’ dan lagu daripada masyarakat Baba Nyonya iaitu ‘ Chou Lang Ei Tai Chee’ (Things that Matters). Kumpulan orkestra simfoni pula, mempamerkan repertoire-repertoire yang berdasarkan sesuatu landskap atau cerita. Ini termasuklah Herbrides Overture oleh komposer terkenal era romantic iaitu Felix Mendelssohn dan Peer Gynt Suite oleh Edvard Grieg.

Secara keseluruhannya, mutu persembahan yang dipamerkan oleh para mahasiswa yang terlibat dalam konsert ini amat memuaskan dan diharap para mahasiswa terlibat akan terus mendalami bidang koir dan orkestra serta mengasah teknik-teknik mereka agar terus cemerlang.

 

   
         

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 31/05/2019 | Updated: 31/05/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1569270656