Konferens “Music Heals: From Tradition To Medical Innovation” | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Konferens “Music Heals: From Tradition to Medical Innovation”

Konferens “Music Heals: From Tradition to Medical Innovation”

Oleh:  Dr. Indra V. Selvarajah
          Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia



SERDANG,
 16 Julai - Konferens “Music Heals: From Tradition to Medical Innovation” telah berlangsung dengan jayanya pada 5 dan 6 Julai 2019, di Dewan Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, anjuran bersama UPM dan The Malaysian Society for Music in Medicine (MSMM). Aktiviti akademik dan penyelidikan ini telah dihadiri lebih 150 peserta termasuk pakar perubatan agensi swasta dan kerajaan, penyelidik muzik, pendidik muzik, ahli terapi pertuturan, terapi muzik dan rehabilitasi fizikal, warga emas, NGO serta pragraduan dan pasca siswazah dari pelbagai universiti awam dan swasta yang ingin mendalami pengetahuan mereka serta bekerjasama dalam projek penyelidikan dalam bidang terapi muzik dan muzik dalam perubatan.

Pemberi ucap utama Assistant Professor Dr. Lori Gooding, pakar terapi muzik medikal dari Florida State University, USA, merupakan ahli lembaga pengarah American Music Therapy Association (AMTA), presiden South East Region AMTA serta ahli panel Journal of Music Therapy. Ucap utama beliau merangkumi dua topik utama iaitu “Music and Medicine at the Intersection of Healing & Treatment” dan “Medical Music Therapy: Integrating Arts and Science to Meet Healthcare Needs”.

Topik lain yang dibentang termasuk music therapy for traumatic brain injury & stroke rehab, music for pain management, music for mental health, use of angklung in the therapeutic space,  therapeutic singing for voice rehab, musicians' health & wellness, music for depression, music for senior care, dan sound & its effects on the brain.

 

 

 

     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

     
     

 

 

Date of Input: 16/07/2019 | Updated: 16/07/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXETPA4~