Keibubapaan Kreatif Mendepani Cabaran Alaf Baru | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » "Keibubapaan Kreatif Mendepani Cabaran Alaf Baru"

"Keibubapaan Kreatif Mendepani Cabaran Alaf Baru"

Oleh:  Ain Nisrin Adnin

 


SERDANG, 
13 Julai - Ibu bapa merupakan golongan terpenting bagi sebahagian besar anggota masyarakat. Ibu bapa juga merupakan satu jawatan tanpa perlantikan rasmi dari sesiapa (Rusnani Abdul Kadir, 2000).

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Fakulti Ekologi Manusia menganjurkan forum bersempena sambutan Hari Ibu Bapa peringkat Kebangsaan (HIBK) 2019 bertemakan "Keibubapaan Kreatif Mendepani Cabaran Alaf Baru" yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut hadir ke program ini ialah YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Aini Ideris (Naib Canselor, UPM) dan YBhg. Prof. Dr. Zulkifli Idrus (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, UPM).

Antara objektif sambutan Hari Ibu Bapa ini ialah berkongsi pengetahuan dan menjana kreativiti kemahiran keibubapaan masa kini sesuai dengan cabaran di alaf baru. Antara aturcara program ialah Forum Keibubapaan Kreatif Mendepani Cabaran Alaf Baru bersama tiga (3) panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Rumaya Juhari (Fakulti Ekologi Manusia, UPM), Lt. Kol. (B) Mustafa Ahmad (CyberSecurity Malaysia) dan Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM).  Moderator bagi forum tersebut ialah Encik Harith Iskander (Personaliti Televisyen).

Program ini diadakan di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 1.30 petang.

 

 
     

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

 

 

Date of Input: 16/07/2019 | Updated: 17/07/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXETFAK~