Jazz Sharing Night | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Jazz Sharing Night

Jazz Sharing Night

Oleh:  Amin Nor Azim Bin Zainal
           Bacelor Muzik




SERDANG, 7 Oktober 2019 -  Persembahan Jazz Sharing Night telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Oktober 2019, bertempat di Dewan Persembahan Rumah Muzik 4, Jabatan Muzik oleh pelajar muzik yang dipimpin oleh saudara Amin Nor Azim Bin Zainal dan Music Circle. Persembahan malam itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran alumni Jabatan Muzik UPM yang turut sama membuat persembahan serta berkongsi cerita tentang pengalaman mereka di dunia kerjaya. Sambutan yang diberikan oleh penonton yang hadir sangat positif dan juga berjaya mencapai matlamat berikut;

  1. Menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi pelajar dari tahun pertama hingga terakhir untuk mengenali cara-cara menjalankan persembahan spontan bersama alumni yang sudah berpengalaman.

  2. Memberi peluang kepada alumni untuk mengenali para pelajar Jabatan Muzik dan berkongsi idea serta pandangan agar para pelajar dapat mengambil sedikit tips supaya berjaya dalam pembelajaran sewaktu di universiti.

  3. Memberi peluang kepada para pelajar untuk menjalankan persembahan jazz bagi mereka yang masih mentah dan kurang pengalaman dalam bidang tersebut.


     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 07/10/2019 | Updated: 07/10/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXESRAo~