Oleh: Puan Normaziah Zulkifli
SERDANG - Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Ekologi Manusia telah menganjurkan bengkel ‘Social Science Research Ethics’ pada 15 Mei 2018 bertempat di Bilik Seminar Al-Farabi.
Penceramah jemputan adalah Prof. Dr. Serena Law dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya serta Prof. Madya Dr. Siti Hawa dari USM Kubang Kerian.
![]() |
![]() |
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan platform bagi penyelidik yang berpengalaman berkongsi ilmu melalui perbincangan berkaitan isu-isu etika dalam penyelidikan terutamanya bidang sains sosial. Selain itu, memalui bengkel ini juga, penyelidik/peserta dapat menambah pengetahuan berkaitan etika dalam penyelidikan.
![]() |
![]() |
Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada penyelidik dan juga pegawai akademik hadir dalam bengkel tersebut.
Date of Input: 04/09/2018 | Updated: 28/09/2018 | rozlita