Oleh: Cik Ain Nisrin Adnin
SERDANG - Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa dan HEPA), Fakulti Ekologi Manusia telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Hal Ehwal Akademik pada 16 Ogos 2018 (Khamis) jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Seminar Al-Farabi, FEM.
![]() |
![]() |
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal ehwal akademik di UPM, memastikan para pensyarah FEM mempraktikkan satu format yang standard selaras dengan pengurusan akademik di UPM dan menyediakan platform kepada tenaga akademik berkongsi ilmu dan maklumat melalui sesi perbincangan.
![]() |
![]() |
Bengkel ini terbuka kepada semua Pensyarah/Pegawai/Pelaksana yang terlibat secara langsung dengan pengurusan hal ehwal akademik di UPM.
Date of Input: 06/09/2018 | Updated: 28/09/2018 | rozlita