Alumni FEM Menyumbang LED Screen | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Alumni FEM Menyumbang LED Screen

Alumni FEM Menyumbang LED Screen

Oleh : Nasrudin Yahya

 

 

SERDANG - Encik Mohd Norashedy Ab Rashid , CEO Usaha Jana Sdn Bhd telah bermurah hati menaja 1 unit LED Screen bersaiz 2 x 4 meter kepada Fakulti Ekologi Manusia (FEM). Beliau merupakan Alumni FEM tahun 1999 (Diploma Pembangunan Manusia) dan tahun 2004 (Bacelor Sains Pembangunan Manusia).

 

 

 

Dekan FEM, Prof Dr. Ahmad Hariza Hashim dalam ucapannya semasa Majlis Sambutan Pelajar Baharu Sesi 2018/2019 pada 3 September 2018 merakamkan ucapan terima kasih kepada Mohd Norashedy.

 

 

 

Menurut Dekan pelajar-pelajar FEM harus berbangga mempunyai alumni seperti Mohd Norashedy yang mempunyai sikap tradisi menyumbang  kembali kepada alma mater yang sangat tinggi kerana beliau juga merupakan salah seorang Penaja Hadiah Fakulti iaitu Hadiah Kepimpinan Usaha Jaya bernilai RM1,000.00 mulai 2012 hingga sekarang.

Semoga jalinan yang erat antara FEM dengan alumninya mampu mempengaruhi mereka untuk menyumbang dan kembali ke alma mater.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 22/10/2018 | Updated: 23/10/2018 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1576427542