Malaysian Journal of Human Ecology (MJHE) merupakan jurnal yang diterbitkan oleh Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. MJHE ialah jurnal akses terbuka dan, pada peringkat permulaan, diterbitkan sekali setahun iaitu pada bulan Disember. Matlamat utama penerbitan jurnal ini adalah untuk menjadi platform penerbitan hasil penyelidikan serta rujukan umum dalam bidang berkaitan ekologi manusia.
MJHE mengalu-alukan sumbangan artikel daripada pelbagai bidang sains sosial untuk diterbitkan, antaranya pembangunan remaja dan kanak-kanak, kedewasaan dan penuaan, kesejahteraan keluarga, pembangunan masyarakat, psikologi sosial, kerajaan dan politik, falsafah dan ketamadunan, kesejahteraan pengguna, ekonomi dan kewangan keluarga, serta muzik dan kesejahteraan.
YBhg. Profesor Dr. Sarjit Singh Darshan Singh (Sarjit S. Gill) (Ketua Editor) Emel: sarjit@upm.edu.my
Individu yang berminat dalam menyumbang artikel kepada Malaysian Journal of Human Ecology (MJHE) perlu mematuhi panduan format MJHE dan menghantarnya kepada: