UPM-KPM , UPM-MFPC Jalin Mou Bersama | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » UPM-KPM , UPM-MFPC Jalin Mou bersama

UPM-KPM , UPM-MFPC Jalin Mou bersama

SERDANG,17 Mac 2025- Satu Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Universiti Putra Malaysia (UPM) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) bertempat di Bilik Taklimat Serdang , Universiti Putra Malaysia

Pihak UPM diwakili oleh Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM; manakala,  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diwakili oleh YBhg. Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); , serta Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri. Encik Andy  Ng Yen Heng; Presiden MFPC mewakili Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) Turut hadir bersama-sama dalam majlis MoU adalah, ahli pengurusan Fakulti Ekologi Manusia, pegawai-pegawai UPM serta staf pelaksana fakulti.

Inisiatif yang dicetuskan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, Dekan FEM; ini dijangka akan membuka ruang bagi pelbagai program kerjasama era antara UPM-KPM dan MFPC pada masa akan datang

Kerjasama ini juga menekankan kepentingan kolaborasi akademik dalam menghadapi cabaran global dan akan berkongsi  tanggungjawab untuk memajukan pendidikan tinggi dan penyelidikan demi manfaat serantau dan global. UPM komited untuk mengukuhkan jalinan akademik ini serta bekerjasama rapat dengan MFPC bagi mewujudkan peluang bermakna bagi kedua institusi kelak.

Berita oleh : Encik Mohd Aspah Kasim (Pej. TDAA HEPA), Fakulti Ekologi Manusia

 

Tarikh Input: 19/03/2025 | Kemaskini: 19/03/2025 | aspah.kasim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
F, (05:30:40pm-05:35:40pm, 21 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]