
SERDANG, 27 Ogos 2026 – Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi memberikan penerangan kepada warga fakulti berhubung dasar serta kaedah pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid di UPM.

Taklimat yang berlangsung di Bilik Sidang, Fakulti Ekologi Manusia ini telah disampaikan oleh Puan Nurhanisah Sadun, Timbalan Pendaftar.
Sesi taklimat tersebut bertujuan memberikan penjelasan dan pemahaman kepada warga FEM mengenai pelaksanaan HBH selaras dengan ketetapan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia.


Melalui sesi ini, warga fakulti berpeluang mendapatkan penerangan lanjut berkaitan pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi perhatian dalam memastikan pelaksanaannya dapat dijalankan dengan teratur dan berkesan.
Diharapkan perkongsian yang disampaikan dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada warga FEM serta membantu memastikan pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid di peringkat fakulti dapat dilaksanakan dengan lancar.
Berita oleh: Cik Nur Adlin Norazam
Fotografi oleh: Encik Ahmad Mustaqim Albakri
|
Tarikh Input: 28/08/2026 |
Kemaskini: 28/08/2026 | adlinnorazam
PERKONGSIAN MEDIA