Oleh: Nurhilmiyani Binti Ismail
(PhD Psikologi Perkembangan)
![]() |
SERDANG, 13 November - Pada 24 dan 25 Oktober 2019, program International Postgraduate Research Colloquium (IPRC 2019) kali ke-16 telah dijalankan di Universiti Srinakharinwirot, Bangkok, Thailand dengan bertemakan “Innovations in Applied Psychology and Behavioral Science for Sustainable Living”. Program ini telah dianjurkan oleh Behavioral Science Research Institute (BSRI), Universiti Srinakharinwirot dengan kerjasama International Islamic University Malaysia (IIUM). Kedua-dua universiti ini merupakan pengasas kepada IPRC ini sejak kali pertama ia dianjurkan.
Fakulti Ekologi Manusia (FEM) yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) berserta beberapa institusi pengajian tinggi yang lain dari negara Thailand, Indonesia, Filipina dan lain-lain turut sama berkolaborasi dalam penganjuran IPRC kali ini. FEM diwakili oleh Dr Mohd Najmi Daud bersama-sama dengan lima orang pelajar pascasiswazah daripada Fakulti Ekologi Manusia yang telah membentangkan kertas kerja masing-masing.
Pelajar-pelajar pascasiswazah yang terlibat adalah Nurhilmiyani binti Ismail (PhD Psikologi Perkembangan), Syah Qurratu Aini binti Sahrani (PhD Psikologi Perkembangan), Mohammad Arif bin Johari (Master Ekologi Keluarga), Nur Nadia binti Hanapi (pelajar Master) dan Ng Eng Eng (Master Psikologi Perkembangan).
|
|
Tarikh Input: 13/11/2019 | Kemaskini: 13/11/2019 | rozlita