TAKLIMAT HARTA INTELEK OLEH BAHAGIAN HARTA INTELEK PSP BAGI TAHUN 2024 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » TAKLIMAT HARTA INTELEK OLEH BAHAGIAN HARTA INTELEK PSP BAGI TAHUN 2024

TAKLIMAT HARTA INTELEK OLEH BAHAGIAN HARTA INTELEK PSP BAGI TAHUN 2024

 

Oleh : Cik Nur’Atiqah Alim
           Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), FEM

 

 

SERDANG, 15 Feb – Taklimat Harta Intelek oleh Bahagian Harta Intelek, Putra Science Park (PSP) dengan kerjasama Fakulti Ekologi Manusia (FEM) telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Februari 2024 di Bilik Seminar Al-Fansuri, FEM. Seramai 24 orang yang hadir dalam kalangan penyelidik FEM bagi sesi taklimat ini.


Objektif taklimat ini adalah agar penyelidik FEM mengetahui lebih lanjut tentang peranan PSP di dalam membantu mendapatkan dan melindungi hasil penyelidikan UPM melalui proses perlindungan harta intelek (IP) dan mengenal pasti strategi pengkomersilan yang bersesuaian bagi harta intelek yang dihasilkan.

 


Slot pertama bagi sesi taklimat Harta Intelek ini dimulakan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati selaku Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengkomersilan Inovasi), Putra Science Park, UPM. Beliau yang berkepakaran dan aktif dalam mempromosi dan memasarkan teknologi (IP) yang berpotensi untuk dikomersialkan kepada pihak industri melalui media elektronik, sidang akhbar, penerbitan berkala, pameran, showcase dan program padanan perniagaan kepada industri.

Seterusnya, slot kedua telah disampaikan oleh Ketua Seksyen Pengurusan Paten, Puan Ashida Othman berkaitan pengurusan permohonan perlindungan harta intelek (IP) termasuk paten, patent, cap dagangan (trademarks), hak cipta (copyrights) dan lain-lain harta intelek dengan menggunakan sistem di www.upmip.upm.edu.my.

 


Slot terakhir pula disampaikan oleh Ketua Seksyen InnoHub PSP, Puan Noorhayati Fazlul Haque tentang pelaksanaan program InnoHub UPM iaitu program pembangunan syarikat start-up bagi mengkomersilkan teknologi UPM, aktiviti yang telah dijalankan melalui Pogram InnoHub seperti Geran Penyelidikan Validasi Pasaran (Geran InnoHub).

Hasil akhir daripada Program InnoHub ialah penubuhan syarikat pemula dan pelesenan atau pembelian harta intelek yang terlibat oleh penerima Geran InnoHub Dekan Fakulti Ekologi Manusia, YBhg. Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri berkata, taklimat ini memberi kefahaman berkaitan pengkomersialan dan pemindahan teknologi antara UPM dan pihak industri secara tidak langsung dapat meningkatkan permohonan paten, cap dagangan (trademarks), hak cipta (copyrights) dan lain-lain harta intelek dalam kalangan penyelidik FEM.

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 04/03/2024 | Kemaskini: 04/03/2024 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEbTAg~