Tahniah Profesor Dr. Zaid Ahmad | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Tahniah Profesor Dr. Zaid Ahmad

Tahniah Profesor Dr. Zaid Ahmad



Dengan hormat dan sukacitanya fakulti ingin memaklumkan bahawa Y.Bhg. Profesor Dr Zaid b. Ahmad telah dinaikkan pangkat dari jawatan Profesor Madya kepada Profesor berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013.


Fakulti mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas kenaikan pangkat Y. Bhg. Profesor Dr. Zaid b. Ahmad. Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan UPM terhadap kecemerlangan dan kelestarian Y. Bhg. Profesor Dr. Zaid b. Ahmad di dalam dunia akademik.

Semoga penganugerahan ini memberi inspirasi kepada semua warga akademik dan pentadbiran fakulti untuk terus gigih dan dedikasi menjalankan amanah dan menjunjung moto UPM : BERLIMU, BERBAKTI

Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
W1UJZAAh:00:09