Oleh: Rosazizi Abd Rahim
SERDANG, Khamis 12 Julai 2018. MAKMAL PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (MPK), FEM UPM telah mengadakan acara sukaneka yang melibatkan seramai 120 orang kanak-kanak se awal bayi hingga 6 tahun. Acara sukaneka ini merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan untuk merangsangkan perkembangan fizikal kanak-kanak dan ibu bapa dapat melihat potensi anak-anak mereka di samping dapat menggalakkan penglibatan ibu bapa.
![]() |
![]() |
Acara sukaneka ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Ekologi Manusia.
![]() |
![]() |
Acara dimulakan dengan acara perarakan beramai-ramai ke padang diikuti dengan acara senamrobik, ikrar sukan dan ucapan perasmian. Antara acara yang dipertandingkan adalah mengisi air dalam botol, baling buah dalam bakul, lari pecut dan lain-lain.
![]() |
![]() |
Adik Kausaar Ukaiel b Mohd Muazzam dan adik Muazzatulqudsiyyah bt Mohd Azhar dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati MPK 2018. Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah.
Tarikh Input: 10/08/2018 | Kemaskini: 14/08/2018 | rozlita