“Seminar Tips Peguam: Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam” | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » “Seminar Tips Peguam: Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam”

“Seminar Tips Peguam: Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam”

Oleh:  Dr. Murni Wan Mohd Nor
          Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan


 

SERDANG, 24 Ogos 2019 - “Seminar Tips Peguam: Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam” merupakan program anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan, FEM, UPM dengan kerjasama WAZAN, UPM dan Shahir, Khubayb & Co. Seminar berlangsung pada 24 Ogos 2019 (Sabtu) di Dewan Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia. Para peserta terdiri daripada staf akademik/bukan akademik UPM dan juga orang awam, seperti kakitangan kerajaan, pesara dan golongan profesional. Penceramah jemputan adalah peguam dan rakan kongsi kepada Tetuan Shahir Khubayb dan Co, iaitu Tuan Shahir Ab Razak.

Di antara objektif program ini adalah;

  1. Memberi kesedaran cara-cara membuat wasiat dan menghibahkan harta mengikut undang-undang.
  2. Membetulkan persepi yang salah di kalangan masyarakat mengenai prinsip pengurusan harta selepas kematian.
  • Menjawab isu-isu yang perlu diketahui, dan sering dipertikaikan selepas kematian, seperti status insurans perubatan, wang KWSP, pencen si mati dan lain-lain.

Ucapan aluan disampaikan oleh Ketua Jabatan Prof Madya Dr. Adlina Ab Halim dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengarah WAZAN yang diwakili oleh Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim. Majlis diteruskan dengan pengenalan biodata penceramah oleh Dr. Murni Wan Mohd Nor. Tuan Shahir Ab Razak seterusnya mengadakan aktiviti kuiz interaktif bagi menguji pemahaman peserta mengenai faraid, wasiat dan hibah yang diikuti dengan ceramah bertajuk “Isu-isu yang sering dikelirukan antara pentadbiran faraid, wasiat dan hibah”.  Seterusnya adalah sesi soal jawab dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim. Program tamat pada jam 1.00 tengah hari. Program telah dilaksanakan dengan cemerlang dan semua peserta memberikan respon yang amat positif serta menyatakan minat untuk menghadiri program siri 2.

 

 
     
     





 

 

 

 

 


Tarikh Input: 05/09/2019 | Kemaskini: 05/09/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdVA0~