Seminar Serantau Isu Isu Komuniti (SSIK 2022) | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Seminar Serantau Isu Isu Komuniti (SSIK 2022)

Seminar Serantau Isu Isu Komuniti (SSIK 2022)

Oleh:  Dr. Askiah Jamaluddin
          Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, FEM

 


Tim IPSAS UPM bersama Rektor Universiti Tengku Umar, Acheh

 

SERDANG, 2 Disember 2022 - Pada 24 sehingga 25 November 2022 telah berlangsungnya Seminar Serantau Isu Isu Komuniti (SSIK 2022). Seramai tiga orang pensyarah kanan dari Fakulti Ekologi Manusia yang berpeluang menyertai Tim IPSAS bagi menjayakan seminar di Universiti Tengku Umar (UTU), Acheh.  Tiga pensyarah tersebut yang merupakan ahli pemikir IPSAS iaitu P.M. Dr. Hanina HS Hamsan, Dr. Roslan Rosnon dan Dr. Askiah Jamaluddin. Universiti ini terletak di Meulaboh yang mengambil masa 5 jam perjalanan dari Bandar Acheh.

 

Naib Canselor UPM memberi ucaptama di majlis pembukaan seminar 
serantau isu-isu komuniti 2022


Tim ini diketuai oleh P.M Dr.Haliza Abdul Rahman dan disertai oleh 10 orang ahli IPSAS dari pelbagai fakulti bagi membentangkan bidang masing masing yang berkaitan dengan cabaran komuniti di era millinium. Walaupun Revolusi Industri (IR 4.0) sedang pesat berevolusi dan mengubah cara hidup komuniti hari ini, namun terdapat kumpulan kumpulan yang masih ketinggalan jauh dari pengurusan sumber diri dari segi modal fizikal (wang, peralatan) dan modal insan (pengetahuan, kesediaan emosi dan perubahan sikap).

 

Para Rektor, pengarah seminar bersama P.M Dr. Haliza di majlis pembukaan



Pada 26 November 2022 kami semua ke Universiti Abulyatama (UNAYA), Acheh. Kami disambut oleh Rektor Ir. Dr. Agung dan para dosen UNAYA. Pelbagai perkara dibincangkan untuk kolabarasi antara universiti. Bidang pembangunan perusahaan keluarga sangat sinonim dengan suasana disana. Ianya mendapat sambutan rancak dari pelajar pelajar mereka yang hadir. Tajuk yang diberikan adalah “Meningkatkan jiwa Entrepreneurship bagi generasi muda dalam menghadapi Era Globalisasi” sangat bertepatan dengan bidang di Fakulti Ekologi Manusia.

 

 

Dalam kajian perniagaan, ia bukan sahaja melibatkan pengurusan sesebuah organisasi perniagaan tetapi juga amat penting menguruskan pembangunan diri pemilik bisnes, pekerjanya dan ahli keluarga yang terlibat dalam bisnenya supaya matlamat bisnes dan matlamat keluarga dapat dicapai dengan jayanya. Ini kerana  bisnes yang utuh kerana punyai keluarga dan pekerja yang setia dan punyai emosi “self belonging” terhadap bisnes yang dilakukan.

 

Dr. Askiah dan Dr. Roslan bersama Rektor UNAYA,
Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dan Ibu Vie Vie

 

Kerjasama dua hala ini wajar diteruskan kerana ilmu dapat dikongsi bersama antara UPM dengan Universiti di Acheh. Jalinan pengajaran, penyelidikan dan jaringan komuniti antara universiti terutamanya dalam bidang sosial sains dapat dikembangkan dengan meluas dan dipelajari oleh generasi muda.

 


Dekan Fakulti Ekonomi dan Peniagaan iaitu
Dr. Isthafan bersama Dr. Askiah Jamaluddin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 02/12/2022 | Kemaskini: 02/12/2022 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdOAT~