SEMINAR HALA TUJU PENDIDIKAN LEPASAN SPM | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » SEMINAR HALA TUJU PENDIDIKAN LEPASAN SPM

SEMINAR HALA TUJU PENDIDIKAN LEPASAN SPM

Oleh:  Dr. Nur Ayuni Mohd Isa
           Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, FEM


SERDANG
, 6 Mac 2020 - Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM, telah mengadakan Seminar Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM pada 29 Februari 2020 yang lalu. 


Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Mustafa Haji Abdullah, dari Perunding Hala Tuju Pendidikan.  Seminar ini telah berjaya memberi pengetahuan kepada pelajar dan juga ibu bapa terutama mengenai laluan akademik  sebaik sahaja mendapat keputusan SPM dan bidang kerjaya yang boleh diterokai.  

Seminar ini telah mendapat sambutan yang sangat baik apabila seramai 160 orang peserta yang  terdiri daripada pelajar dan ibu bapa berjaya mengekalkan tumpuan mereka daripada awal sehingga ke akhir program.

 
     
 
     
 


Sila klik di sini untuk lebih paparan gambar

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 06/03/2020 | Kemaskini: 06/03/2020 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1591330582