REDANG JUNIORS@UPM | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » REDANG JUNIORS@UPM

REDANG JUNIORS@UPM

Berbekalkan semangat Berilmu Berbakti, serta konsep ihsan dalam profesionalisme, Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia meneruskan program komuniti angkat PTJ bersama Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, Terengganu.

Program pada kali ini merupakan kesinambungan Program Jelajah Siswa Kembara Insan 3 (JESKI 3) yang telah diadakan di Pulau Redang pada bulan Mei yang lepas. Pada 26 September 2016, seramai 31 orang murid dan 8 orang guru pengiring telah dibawa ke UPM di bawah program RedangJuniors@UPM dengan objektif untuk meneroka pembelajaran melalui pengalaman serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara Fakulti Ekologi Manusia dengan Sekolah Angkat.

Anak-anak Pulau Redang ini telah dibawa melawat dan merasai pengalaman di Edu Park UPM iaitu di Ladang Rusa, Muzium Anatomi Haiwan dan Muzium Anatomi Manusia. Mereka juga berpeluang belajar tentang pengurusan kewangan melalui permainan Kit Bijak Wang di bawah bimbingan Prof Madya Dr Mohd Fazli Sabri dan Puan Nurhayatul Nira Ramli. Di samping itu, acara aerobik dan sukaneka juga telah diadakan.

Majlis Makan Malam untuk meraikan tetamu yang datang jauh dari Pulau Redang telah dihadiri oleh Yg Berbahagia Prof Dr Laily Hj Paim, Dekan Fakulti Ekologi Manusia. RedangJuniors@UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan Hj Bazlan Abd Rahman, ADUN Batu Rakit yang menyokong program ini dan telah menaja bas untuk perjalanan anak-anak Pulau Redang ke Kuala Lumpur serta menaja majlis makan malam. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan Redang Juniors@UPM. Semoga anak-anak Pulau Redang maju jaya pada masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 03/08/2017 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDcXAG~