Program Perkhemahan Bakti Sosial Profesi Mahasiswa Indonesia-Malaysia | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Program Perkhemahan Bakti Sosial Profesi Mahasiswa Indonesia-Malaysia

Program Perkhemahan Bakti Sosial Profesi Mahasiswa Indonesia-Malaysia

Oleh:  Dr. Norzalina Zainudin
           Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna

 

ACEH, 22 Sept. 2019 - Program Perkemahan Bakti Sosial Profesi Mahasiswa Indonesia-Malaysia merupakan program anjuran Politeknik Aceh Selatan (Poltas), Aceh Indonesia. Program ini disertai oleh mahasiswa dari pelbagai universiti Indonesia dan Malaysia. Universiti Putra Malaysia (UPM) menghantar dua orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring dalam program tersebut. Selain UPM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), dan Kolej Universiti Polytech Mara Kuala Lumpur juga merupakan wakil daripada Malaysia. Manakala universiti Indonesia pula diwakili oleh beberapa universiti seperti Universitas Teuku Umar (UTU), Universitas Syiah Kuala (Unsyiah), Universitas Harapan Medan, Politeknik Perkapalan Negeri Surabaya, Politeknik Caltek Riau, Politeknik Aceh, Politeknik Lhokseumawe, Politeknik Venuzuela, dan Politeknik Kutaraja.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 8 hari program seperti student work camp, edu-ecotourism, student competition, seminar & training, public lecture dan sharing session. Program dirasmikan oleh Ketua Pentadbir Daerah Aceh Selatan, Bupati Wabup Aceh Selatan, Tgk Amran. Direktur Poltas, Dr. Muhammad Yasar mengatakan program perkhemahan ini sebagai salah satu bentuk promosi pariwisata dan potensi daerah, serta memupuk kecintaan mahasiswa terhadap alam sekitar. Lokasi perkhemahan di Conservation Respon Unit (CRU), Naca, Trumon Tengah menyaksikan bagaimana mahasiswa didedahkan dengan pelbagai aktiviti dalam memupuk nilai kerjasama, kesabaran,  bantu-membantu serta keprihatinan alam sekitar. Mahasiswa juga melakukan aktiviti penanaman pokok di sepanjang laluan menuju air terjun Tangga Seribu disamping melakukan aktiviti pemasangan alat penghasilan elektrik tenaga air di air terjun Tangga Seribu. 

Selanjutnya, program diteruskan dengan Program Seminar Indonesia-Malaysia, dengan tajuk ‘Pembangunan berlanjutan berwawasan global dan lingkungan di era industri 4.0’ di Rumah Agam, Tapaktuan pada 19 september 2019. Wakil UPM, Dr. Norzalina Zainudin daripada Pusat Kemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari, SCoRE UPM sebagai invited speaker, berkongsi pengalaman di seminar dengan tajuk ‘Cabaran kepenggunaan lestari dalam era 4.0’.

Agenda persahabatan Indonesia-Malaysia diteruskan dengan sesi kunjungan ke Universitas Teuku Umar, Meulaboh, Aceh Barat dan juga Universitas Syiah Kuala, Bandar Aceh.

Program ini diharapkan dapat memberikan pengalaman dan pendedahan kepada mahasiswa dalam usaha penjagaan alam sekitar dan seterusnya menjadi agen perubahan kepada masyarakat. Program juga dapat merapatkan hubungan antara universiti dan komuniti luar sekali gus membina ukhwah antara dua negara Malaysia–Indonesia. Keprihatinan terhadap usaha perlindungan alam sekitar dilihat sangat memerlukan usaha yang berterusan secara bersama terutama dalam aspek pendidikan dan penyelidikan bagi kedua-dua negara.


1. Program Perkhemahan di CRU, Naca Trumon Tengah.

   
         
   
         
   
         
   

 

2. Seminar Indonesia-Malaysia “Pembangunan Keberlanjutan Berwawasan Global dan Linkungan di Era 4.0”

   
         

 

 

         
   



3. Sesi kunjungan ke Universitas Syiah Kuala, Bandar Aceh.

   
         

 

 

         

4. Sesi kunjungan persahabatan ke Universitas Teuku Umar, Meulaboh Aceh Barat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 04/10/2019 | Kemaskini: 04/10/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1575659566