Program Pembangunan Karakter Remaja 2018 (Siri Pertama) | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Program Pembangunan Karakter Remaja 2018 (Siri Pertama)

Program Pembangunan Karakter Remaja 2018 (Siri Pertama)

Oleh: Dr Mohd Najmi Daud

 

 

 

AMPANG - Pada 10 November 2018 telah berlangsung program pembangunan karakter remaja 2018 untuk siri yang pertama bertempat di Ukay Perdana, Ampang, Selangor yang melibatkan seramai 29 remaja berusia 10 hingga 14 tahun. Penganjuran program ini adalah hasil usahasama antara Jawatankuasa Penduduk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 5 bersama-sama Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga (UPM), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. JPMPK diwakili oleh Dr Zainal Madon dan turut dibantu oleh Dr Mohd Najmi Daud manakala MPAJ diwakili oleh ahli majlisnya sendiri iaitu, Puan Hajah Suzana Shaharudin yang juga bertindak sebagai penyelaras program bersama-sama dengan Encik Ariv Anaandha Chekvam, Ketua Pendidikan bagi Jawatankuasa Penduduk MPAJ Zon 5. Program ini turut melibatkan tiga fasilitor yang terdiri daripada mahasiswi universiti.

 

Perasmian oleh Y.Bhg Tuan Haji Farod Faiz, Penasihat Jawatankuasa Penduduk MPAJ Zon 5

 

Program ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Farid Faiz, penasihat Jawatankuasa Penduduk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 5. Dalam ucapan beliau, antara lain beliau mengharapkan program ini mampu memberi manfaat yang jitu kepada peserta terutama dari sudut pemahaman dan pengamalan karakter yang positif sesuai dengan nilai dan amalan masyarakat setempat.

 

 

 

 

Seusai majlis perasmian, program diteruskan dengan sesi bersama Dr Zainal Madon sehingga tamat program. Sepanjang sesi bersama Dr Zainal, disamping ceramah, beliau turut melaksanakan pelbagai aktiviti lain yang bertujuan untuk mewujudkan suasana yang selesa dan hubungan yang mesra dalam kalangan peserta, membantu peserta mengenali diri masing-masing serta memahami konsep karakter yang baik.

 

 

Disamping itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk siri satu ini juga bertujuan mengumpul maklumat berkaitan peserta untuk dijadikan asas kepada perancangan dan pelaksanaan program pada siri-siri yang berikutnya.       


 

 

 

 

 

 

 

    

Tarikh Input: 12/11/2018 | Kemaskini: 12/11/2018 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdDAP~