Program Mobiliti Dan Menelusuri Kerja Sosial Di Bandung | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Program Mobiliti dan Menelusuri Kerja Sosial di Bandung

Program Mobiliti dan Menelusuri Kerja Sosial di Bandung

Oleh:  Aziah Nur Amira Binti Azhar
           Bacelor Sains Pembangunan Manusia



SERDANG,
20 September 2019 - Seramai 10 orang mahasiswa Bacelor Sains Pembangunan Manusia, Fakulti Ekologi Manusia (FEM), UPM yang diiringi oleh Dr. Amna Md Noor, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Kemasyarakatan Dan Pembangunan FEM telah terlibat dengan program mobiliti dan menelusuri kerja sosial di Bandung. Program ini telah dijalankan di Politeknik Kesejahteraan Sosial Bandung (POLTEKESOS) selama dua minggu bermula pada 21 Ogos hingga 3 September 2019. Dengan tema “Social Work Beyond Just Helping”, program ini bertujuan untuk berkongsi dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari serta menimba pengalaman terutamanya dalam bidang kerja sosial.

Antara aktiviti yang disertai oleh pelajar adalah mengikuti kuliah umum di POLTEKESOS yang bertajuk “Arah Baru Pembangunan Kesejahteraan Sosial” dan disampaikan oleh Prof Gunawan Sumodiningrat, sesi perbincangan dan perkongsian santai bersama Kementerian Sosial Badan Eksekutif Mahasiswa POLTEKESOS, melawat projek pembangunan Desa dan lawatan ke  Universitas Pasundan (UNPAS) yang merupakan salah satu universiti swasta yang terbaik di Indonesia

Program mobiliti ini telah mendapat tajaan daripada WAZAN UPM dan FEM. Sesungguhnya program ini merupakan satu platform bagi mahasiswa UPM bagi melestarikan kerja sosial sebagai satu profesion yang professional di Malaysia. Di samping itu, pengalaman dalam mengenali budaya Indonesia telah dicapai sebagai salah satu objektif program ini.

 
Sesi bergambar bersama pengarah Politeknik Kesejahteraan Sosial, Bandung
 
Gambar ketika mengikuti kuliah umum yang disampaikan oleh Prof Gunawan
     
     
Gambar ketika sesi perkongsian dan perbincangan mengenai kerja sosial bersama wakil Badan Eksekutif Mahasiswa POLTEKESOS
 
 
Sesi bergambar bersama Olahkarsa

 

     
Majlis perasmian bagi kerja sosial di Kelurahan Babakan Asih
 
Gambar ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas di Kelurahan Babakan Asih
     
   
Gambar ketika melawat Kawah Putih di Bandung bersama pegawai pengiring, Dr Amna binti Md Noor
 
Sesi penyerahan cenderamata
     

Sesi bergambar selepas majlis penutup
 

Sesi bergambar terakhir bersama wakil Badan Eksekutif Mahasiswa POLTEKESOS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 20/09/2019 | Kemaskini: 20/09/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEZHA1~