Program HEUTA’19 Lengkap Untuk Tahun Kedua | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Program HEUTA’19 Lengkap Untuk Tahun Kedua

Program HEUTA’19 Lengkap Untuk Tahun Kedua

Oleh:  Dr. Chan Cheong Jan
          Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia

 


SERDANG,
26 September 2019 - Program mobiliti khas anjuran Fakulti Ekologi Manusia yang bertajuk "Heuta’19: Cross Border Classroom on Plural Existence" telah dilaksanakan daripada 19 hingga 30 Ogos 2019, untuk tahun yang kedua. Program tahun ini disertai oleh 6 orang pelajar daripada Global Leader Course, College of Cross-disciplinary and Multicultural Studies, Kumamoto University, dan 8 orang peserta tempatan yang terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan Brickfields Asia College.

Program ini juga dijalankan serentak dengan projek penyelidikan pengajaran dan pelajaran GIPP yang bertajuk "Cross-border Learning of Plural Existence using Heutagogy through Long Distance Collaboration” yang diterajui oleh Dr Chan Cheong Jan dan Dr Ahmad Faudzi Haji Musib dari Jabatan Muzik, FEM, UPM. Program ini juga merupakan aktiviti utama di bawah penandatangan MOU antara Universiti Putra Malaysia dengan Kumamoto Universiti pada bulan Ogos 2018.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah forum, diskusi, lawatan ke Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), Universiti Putra Malaysia (UPM), Bandar Melaka dan juga kerja lapangan berkumpulan yang meliputi tempat seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Ampang, Petaling Street Heritage House, dan di beberapa tempat lain di Lembah Klang. Turut bersama dalam program ini adalah Prof Madya Dr Joshua Rickard dari Kumamoto University. Jurulatih heautagogi yang terlibat terdiri daripada Puan Phyllis Toh Chze Woon, Cik Wong Siao Ern, dan Encik Lee Shien Wei.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 26/09/2019 | Kemaskini: 26/09/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1579675644