Program Gotong-royong Dan Amalan 5S FEM (Siri 3/2018) | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Program Gotong-royong dan Amalan 5S FEM (Siri 3/2018)

Program Gotong-royong dan Amalan 5S FEM (Siri 3/2018)

Oleh:  Puan Norhawati Saarani

 

 

SERDANG, 30 Ogos 2018 - Fakulti Ekologi Manusia telah mengadakan Program Gotong Royong dan Amalan 5S FEM (Siri 3/2018) pada 30 Ogos 2018, Khamis di ECO1 dan Jabatan Muzik, FEM.

 

 

 

Fokus utama program gotong-royong kali ini adalah untuk membersihkan persekitaran ECO1, Jabatan Muzik, dewan-dewan dan bilik-bilik kuliah fakulti. Ianya adalah sebagai persiapan sempena kemasukan pelajar FEM sesi 2018/2019.

 

 

 

Seramai lebih 50 orang staf termasuk pegawai akademik, pegawai tadbir, pegawai pelaksana dan pembantu penyelidik terlibat di dalam program gotong royong pada kali ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 05/09/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUKAM~