Program Gotong-royong Dan Amalan 5S FEM (Siri 1/2019) | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Program Gotong-royong dan Amalan 5S FEM (Siri 1/2019)

Program Gotong-royong dan Amalan 5S FEM (Siri 1/2019)

Oleh : Norhawati Saarani

 

 

Serdang, 24 Januari 2019 - Fakulti Ekologi Manusia telah mengadakan Program Gotong-royong dan Amalan 5S FEM (Siri 1/2019) pada 24 Januari 2019, Khamis di ECO1, Fakulti Ekologi Manusia. Program ini melibat semua warga FEM.

Fokus utama program gotong-royong kali ini adalah untuk membersihkan persekitaran ECO1, dewan-dewan dan bilik-bilik kuliah fakulti. Ianya adalah sebagai persiapan sempena kemasukan pelajar FEM Semester Kedua Sesi 2018/2019 pada 11 Februari 2019.

Program dimulai dengan taklimat daripada Ketua Penolong Pendaftar, Encik Nasrudin Yahya dan diikuti dengan sesi ringkas senaman aerobik yang diketuai oleh Encik Mohamad Syakir Hamzah. Seterusnya semua staf bergerak ke lokasi gotong-royong yang telah ditetapkan.

Seramai lebih 50 orang staf termasuk pegawai akademik, pegawai tadbir, pegawai pelaksana dan pembantu penyelidik terlibat di dalam program gotong royong pada kali ini.

 

     
             
             
             
             
             
             

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/01/2019 | Kemaskini: 25/01/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEYWAx~