Program Cheer Up Kids | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Program Cheer Up Kids

Program Cheer Up Kids

Oleh: Nur Izzati Adrina binti Mohd Hafizzi

 

SERDANG, 3 Disember 2019 - Barisan exco Human Ecology Students’ Association (HESA) dengan kerjasama pihak Pengurusan Fakulti Ekologi Manusia dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM telah menganjurkan program Cheer Up Kids pada 1 Disember 2019 yang lalu bertempat di Hospital Serdang, Selangor.  Program yang merupakan anjuran Biro Logistik dan Kesukarelawan sesi 2019/2020 ini telah mendapat sambutan penyertaan seramai 31 orang pelajar dari Fakulti Ekologi Manusia.

Program ini dijalankan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sikap empati terhadap masyarakat sekeliling. Disamping menyemai sikap tolong-menolong dan bertanggungjawab mahasiswa/i dalam melaksanakan sesuatu program, ia juga secara tidak langsung dapat memberi ruang kepada mahasiswa/i untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.  Program Cheer Up Kids diadakan dengan harapan dapat menceriakan pesakit kanak-kanak Hospital Serdang dan seterusnya bersama-sama mengeratkan lagi hubungan silaturahim menerusi aktiviti-aktiviti yang diadakan.

Sepanjang program berlangsung, peserta diberi taklimat ringkas mengenai para pesakit serta peraturan ringkas yang perlu dipatuhi semasa berada di dalam wad kanak-kanak tersebut.  Puan Nur Hafizah selaku petugas hospital yang bertanggungjawab dalam memberikan taklimat dan memberikan tunjuk ajar sepanjang berada di sana.  Peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mewakili 3 wad iaitu wad 5A, 5B dan 6D.

Peserta berpeluang untuk memasuki wad kanak-kanak dan menziarah dari katil ke katil untuk memberi cenderamata dan mendengar sedikit perkongsian daripada ibubapa kanak-kanak tersebut. Beberapa aktiviti telah dilakukan bersama para pesakit seperti mewarna, membuat origami dan membacakan buku cerita bersama kanak-kanak tersebut.

Menurut Pengarah Program, Saudari Aqilah Hairul Anuar, penganjuran program Cheer Up Kids diharapkan dapat memenuhi objektif yang ditetapkan dan berharap program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

 
     
 
     
 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 03/12/2019 | Kemaskini: 03/12/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEYGAA~