PROGRAM BERSAMA MMHA ANJURAN HESA 2018/2019 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » PROGRAM BERSAMA MMHA ANJURAN HESA 2018/2019

PROGRAM BERSAMA MMHA ANJURAN HESA 2018/2019

Oleh : Chow Heng Yee - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) Tahun 3

 

Pada 14 Disember 2018 yang lalu, Human Ecology Students Association (HESA) bersama pengurusan Fakulti Ekologi Manusia dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM telah menganjurkan Program bersama Malaysian Mental Health Association (MMHA). Program selama empat jam ini merupakan program kesukarelawanan dan bertemakan kesihatan mental.

Seramai 20 orang mahasiwa FEM telah menyertai program ini. Tujuan program ini dilaksanakan untuk menanamkan semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa. Selain itu, program ini dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang isu kesihatan mental di Malaysia. Ianya juga sebagai tanda sokongan sosial kepada klien yang menghadapi masalah kesihatan ini.

Sepanjang program ini, mereka telah menjadi sukarelawan kepada Year End Party MMHA dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama klien dan keluarga klien di MMHA. Antara aktiviti yang telah mereka lakukan ialah kraf tangan dan permainan. Mereka juga mempunyai kesempatan untuk berinteraksi secara bersemuka dengan klien, keluarga klien serta pekerja MMHA. Maka, aktiviti ini mampu meningkatkan ilmu mahasiswa berkenaan isu kesihatan mental yang semakin meningkat di Malaysia.

Dengan adanya hubungan jaringan industri yang kuat antara HESA dan MMHA, program kesukarelawan berunsurkan kesihatan mental dapat diteruskan pada masa akan datang. Sebagai mahasiswa Fakuti Ekologi Manusia, kita harus cakna tentang isu semasa dan sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti yang mampu menyumbang kepada komuniti dan masyarakat.

 

   
         
   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 18/12/2018 | Kemaskini: 18/12/2018 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUCAV~