Program Bersama Malaysian Mental Health Association | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Program Bersama Malaysian Mental Health Association

Program Bersama Malaysian Mental Health Association

Oleh: Chow Heng Yee - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) Tahun 3

 

 

PETALING JAYA - Program bersama Malaysian Mental Health Association (MMHA) telah diadakan pada 23 November 2018 di MMHA, Petaling Jaya anjuran pelajar Kursus FEM4104 Psikopatologi Kanak-kanak dan Keluarga dibawah seliaan Dr Mohd Najmi Daud dari Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia. Seramai 6 orang pelajar telah terlibat secara langsung dalam program ini.

Tujuan program ini adalah untuk memberi sokongan kepada klien MMHA dengan mengadakan aktiviti bersama mereka. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang isu kesihatan mental.

Sebanyak tiga aktiviti telah diadakan bersama klien MMHA. Setiap aktiviti yang diadakan mengandungi unsur motivasi dan mampu mengeratkan hubungan antara pelajar dengan klien.

 

 
     

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 12/12/2018 | Kemaskini: 12/12/2018 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdRAK~