Program Bengkel Suntingan Video Anjuran HESA 2019/2020 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Program Bengkel Suntingan Video Anjuran HESA 2019/2020

Program Bengkel Suntingan Video Anjuran HESA 2019/2020

Oleh : Muhamad Ridzuan

 

SERDANG, 10 Disember 2019 - Human Ecology Students’ Association (HESA) bersama pengurusan Fakulti Ekologi Manusia, UPM telah menganjurkan Program Bengkel Suntingan Video pada 8 Disember 2019 yang lalu. Program selama lima jam ini merupakan program multimedia.

Seramai 19 orang mahasiwa FEM telah menyertai program ini. Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk memantapkan dan mengaplikasikan pengetahuan asas dalam perisian multimedia di kalangan mahasiswa. Selain itu, dapat meningkatkan keyakinan dan minat terhadap penggunaan perisian multimedia pada diri mahasiswa-mahasiswi. Seterusnya, dapat melahirkan lebih ramai mahasiswa-mahasiswi yang mahir dalam penggunaan perisian multimedia.

Sepanjang program ini, mereka menjadi peserta dalam mengaplikasikan cara untuk menyunting video yang dikendalikan oleh Exco It dan Publisiti. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah menunjukkan cara bagaimana untuk menyunting video menggunakan Aplikasi Vegas Pro. Maka, aktiviti ini mampu meningkatkan ilmu dan kemahiran mahasiswa dalam menyunting video.

Dengan adanya ilmu dan pengetahuan tentang suntingan video dapat melahirkan lebih ramai mahasiswa-mahasiswi yang mahir dalam penggunaan perisian multimedia. Sebagai mahasiswa Fakulti Ekologi Manusia, kita harus sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti yang mampu meningkatkan kemahiran multimedia di kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

 
     
 
     
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 10/12/2019 | Kemaskini: 10/12/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdXAJ~